KONSERT HARAM pesta konvo sekali lagi bakal menbawa nasib malang bagi UPSI. Saya mewakili Presiden Mahasiswa Anak Negeri Kelantan dan pimpinan yang lain mengutuk keras diatas penganjuran konsert ini.
Disebalik Negara kita yang dilanda bala pandemik H1N1 nampaknya masih ramai orang Islam buta pintu hati untuk menilai mesej yang dihantar oleh Sang Pencipta itu. Ingatlah sebelum kita dihancurkan. Jangan jadi pekak tuli membodohkan dan menyombongkan diri.
Gembirakah kalian disebalik penganjuran konsert maksiat ini? Jangan cuba beralasan soal hukum. Hukum ini bukan datang daripada ayah kita, bukan datang daripada atok kita, bukan datang daripada Perdana Menteri, bukan datang daripada raja tetapi datang daripada Sang Pencipta yang maha berkuasa ke atas sekalian alam.
Saya mewakili Presiden dan seluruh Majlis Tertinggi dan Exco melancarkan kempen boikot konsert pesta konvo. Kami di pihak persatuan menyeru anak-anak Kelantan dan seluruh warga kampus supaya memboikot konsert ini dan sama-sama menghebahkan kepada kawan-kawan kempen boikot ini.
":dan perangilah mrka itu, shingga tidak ada fitnah lagi dan(shingga) agma hanya untuk Allah belaka. jika mrka berhenti (dr mmusuhi kmu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kcuali terhadap org2 yg zalim.(Surah Al-Baqarah:ayat 193)
"sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepda umatku ialah menyekutukan Allah. Aku tidak mengatakan yg mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat amalan-amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi" (diriwayatkan oleh Ibnu Majah).
Marilah kita sama-sama menjauhi kerja syirik dan kejahilan puak penganjur. Semoga Allah merahmati kita semua. Salam perpaduan. Salam 1 Malaysia…
Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.
Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.
Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".
Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.
Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."
Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.
Ditanya soalan Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia", 324 responden atau 48 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu.
Manakala 328 responden lagi atau 49 peratus menjawab soalan itu "tidak memberi apa-apa makna kepada mereka", selebihnya memilih jawapan "saya tidak tahu."
Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.
Akta ISA sering menjadi topik perbahasan hangat antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang dan aktivis hak asasi.
Demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama Pakatan Rakyat, Sabtu lalu, mencipta rekod perhimpunan terbesar dalam sejarah negara menentang akta kontroversi itu.
1. Tahniah saya ucapkan [ mewakili Dewan Pemuda PAS Pusat ] kepada Gerakan Mansuhkan ISA [ GMI ] , seluruh pimpinan Pakatan Rakyat , Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat prihatin yang turun menjayakan himpunan bersejarah ini .
2. Capai sasaran ! Capai Objektif ! 100 ribu rakyat turun nyatakan sikap mereka terhadap kerajaan UMNO dan BN bahawa mereka mahu ISA sebagai akta yang zalim lagi kejam segera dimansuhkan . Jika tidak , UMNO mesti berundur atau tunggu UMNO akan dimansuhkan oleh rakyat !
3. Najib telah mempamerkan bahawa beliau lebih berpotensi untu menjadi pemimpin yang lebih kejam dan zalim berbanding pemimpin atau Perdana Menteri yang lain sebelum daripada ini apabila berjaya memperalatkan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman secara ganas dan menangkap lebih 500 orang yang menyertai himpunan tersebut . Ini satu rekod dan ini satu sejarah malah ini satu kejayaan manis yang akan tersimpan di dalam album perjuangan rakyat . Mabruk !
4. FRU di zaman Najib nyata lebih ganas apabila bertindak nekad untuk menangkap dan mencederakan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi sewaktu kami terperangkap di hadapan komplek SOGO . Alhamdulillah , pihak keselamatan bijak mengawal keadaan dan apa yang lebih mengharukan saya apabila saya sendiri mencadangkan agar Tuan Guru di bawa ke tempat yang lebih lapang , lega dan selamat , Tuan Guru jawab : Tidak mengapa , saya bertahan di sini ! sedang suasana agak kritikal dan saya menjangkakan FRU sengaja mensasarkan Tuan Guru yang tentunya mudah diperhati kerana Tuan Guru berpakaian jubah dan serban putih dalam kumpulan semua berpakaian hitam .
5. Saya bimbangkan keadaan Tuan Guru sebab sedari awal lagi sekitar jam 10 pagi , telah terlakar wajah lesu dan tidak sihat di wajah Tuan Guru . Beliau menahan sakit belakang yang beliau alami sejak kemalangan jalanraya tempohari . Saya sendiri tanya beliau : Ayah Chik tidak sihat ke ? Tuan Guru jawab seraya mengangkat kedua - dua tangannya : Ya dan wajahnya berkerut . Lalu macam mana , boleh kah Ayah Chik turun petang ni ? Tuan Guru jawab , Insyaallah !
6. Tuan Guru bersama saya , Cif Komander Yb. Salahuddin Ayub dan ramai lagi pemimpin PAS dan rakan - rakan PKR dan DAP mula turun bergerak dari Pejabat PAS di Jalan Raja Laut menuju Komplek Sogo sekitar jam 1.50 pm . Tuan Guru berjalan gagah sedang beliau menahan sakit menjadikan kami anak - anak muda gagah dan bersemangat waja .
7. Sebaik terperangkap di hadapan Sogo , kami diasak hebat oleh anggoa FRU dan mereka hampir berjaya menjatuhkan Tuan Guru dan kami bergerak ke bahagian sisi Sogo dan berhimpun di situ serta mendengar pidato dari pimpinan dan alhamdulillah deklarasi GMI sempat dibaca oleh Pengerusinya Syed Ibrahim .
8. Sejurus 30 minit kemudian , bermulalah tragedi bersejarah apabila kami diserang oleh 3 buah water canon sebaik sahaja kumpulan kami bergerak ke arah belakang Sogo untuk bergabung dengan kumpulan dari Masjid Negara . Akibat semburan water canon , peserta himpunan terpaksa berselindung di bangunan - bangunan berhampiran . Saya berpimpinan dengan Naib Presiden Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man . Saya cuba menyelamatkan beliau setelah memahami Tuan Guru mempunyai pengawal keselamatan peribadi yang terlatih .
9. Malang , huru hara akibat semburan air asid water canon ini sangat dahsyat , akhirnya saya terlepas tangan Dato Tuan Ibrahim , sebaik saya berpusing ke belakang untuk mencapai kembali Dato' Tuan Ibrahim , tiba - tiba satu pancuran air asid dari water canon tepat ke muka saya dan akhirnya saya rebah terguling dan muntah sambil merangkak mencari arah berselindung dari air asid . Tidak disedari , jauh mana saya merangkak , bila saya sedar , saya berada di dalam bangunan kedai di sebelah pertama kompleks .
10. Hanya keluar dari mulut saya , Jahannam UMNO !. Inikah sahaja yang mampu UMNO lakukan untuk berdepan dengan kebangkitan rakyat !
Dewan Pemuda PAS Pusat mengutuk sekeras - kerasnya tindakan tidak bertamaddun pihak polis dalam tragedi ini .
Kepada mangsa yang ditahan , syabas saya ucapkan kerana berjaya memperolehi satu latihan di medan perjuangan ini yang tentu sahaja mahal harganya . Kepada mereka yang masih ditahan reman , harap bersabar kerana pihak PAS dan Dewan Pemuda PAS Pusat ada menyediakan khidmat guaman dan kami juga melalui Majlis Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menyediakan wang jaminan . Saya doakan semoga semua selamat .
Sedihnya saya tidak dapat bersama untuk menunggu di luar balai polis kerana terpaksa bergegas ke Sungai Petani kerana menziarahi adik ipar saya [ Dr. Nazil sekeluarga ] yang mengalami kemalangan jalanraya dan cedera parah. Kini mereka sekeluarga ditempatkan di Hospital Sungai Petani untuk menjalani pembedahan .
Alhamdulillah saya juga sempat menziarahi 2 anggota Jabatan Amal Penang [ Abdul Razak dan Abdul Wahab ] yang kritikal di rawat di Hospital Sungai Buloh setelah bas yang mereka naiki menuju Kuala Lmpur mengalami kemalangan jalanraya . Pungutan derma sedang dijalankan untuk membantu mereka . Siapa yang ingin menyumbang boleh hubungi DPP Penang .
Hari ini seharian saya bersama Himpunan Dewan Pemuda PAS Perak dalam meneruskan kempen Bubar DUN Perak sementara esok pula saya akan seharian pula bersama Himpunan Dewan Pemuda PAS Perlis .
Malam ini sama-sama kita luangkan masa untuk bersama-sama Forum Bicara Siswa yang akan berlangsung secara langsung di TV1 bertempat di SITC.
Ahli panel terdiri daripada Naib Canselor UPSI,YDP UM,YDP UIA bakal membuka dimensi baru dalam pemikiran mahasiswa UPSI. seperti mana yang kita tahu dua wakil MPP tersebut antara kalangan pemimpin PRO MAHASISWA yang selalu lantang bersuara dalam persada dunia politik mahasiswa.
Isu yang dibincangkan ialah PPSMI yang sememangnya sinonim dengan isu pendidikan maka amat bertepatanlah dibincangkan di UPSI sendiri.
Apa yang menghairakan kenapa ura-ura mengatakan YDP MPP UPSI tidak dibarisi sebagai ahli panel pada malam ini? sepatutnya beliau merupakan ahli panel sesuai dengan dirinya sebagai tuan rumah untuk forum malam ini?
Adakah Saudara Hairie tidak layak untuk memikul cabaran forum ini atau sememangnya pihak penganjur sendiri melihat beliau sebagai seorang yang tidak mempunya kepimpinan dalam menghuraikan isu ini?
Alangkah malang sekali kalau ia benar-benar berlaku. Satu penghinaan kepada organisasi MPP UPSI yang sepatutnya lebih keterhadapan dalam menghuraikan isu ini. Tapi apa pun ahli panel yang dipilih telah dinilai dengan sebijaknya oleh pihak penganjur. Sebarang orang tidak mampu untuk menghuraikan isu ini melainkan orang yang betul-betul hadam dalam menyelidik isu yang panas ini. Tidak kiralah walaupun seseorang itu bakal guru tetapi tidak mempunyai keilmuan dalam menghuraikan isu ini sepatutnya seseorang itu disingkirkan dalam memberi respon terhadap isu ini.
Siri-siri kekejaman yang berlaku di MU (Manek Urai).. Darah-darah ini yang akan menjadi saksi perjuangan mereka di akhirat kelak. Semua adegan ini dirakam oleh "video" Allah Taala dan akan dimainkan semula di akhirat kelak. takpelah.. bierlah mereka terlepas di dunia kerana dunia adalah syurga abadi mereka. tapi di akhirat kelak hari kemenangan untuk kita. Tahniah kepada kerajaan PAS kerana berjaya mempertahankan kerusi N41 Dun Manek Urai.
dapatkan berita manek urai disini. www.perisik-rakyat.blogspot.com
Saat mendebarkan dan yang ditunggu-tunggu makin tiba. Setiap detik dan setiap saat hati ini berdoa agar mendapat kejayaan ini. Kejayaan ini begitu penting demi perjuangan Islam di Malaysia.
Berbagai-bagai adegan terpaksa dihadapi demi mendapatkan kemenangan dalam perjuangan ini. Manek Urai tempat yang sungguh bertuah kerana pilihanraya kecil ini.
insyaAllah keputusan pilihanraya Manek Urai kita akan tahu malam ini bakal memberi satu keputusan yang mengejutkan dan memberangsangkan bagi perjuangan Islam. AMIN….
Sama-sama kita doakan..
Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat semasa Manek Urai boleh link diblog ini.
Melihat kepada perkembangan sekarang mahasiswa semakin cerdik dan bijak dalam menetukan hala tuju fikrah mereka. Dengan perkembanga dunia internet sekarang ramai mahasiswa semakin terdedah dengan satu perkataan keramat yang sering dikaitkan dengan ekstrimisme. Apakah perkataan yang dikatakan keramat itu?
Perkataan yang saya maksudkan ialah “Perjuangan”. Sesetengah daripada kita hari ini bila disebutkan perkataan ini maka kita akan memikirkan tentang kejadian-kejadian yang kejam seperti kejadian 16 sept., pergerakan kumpulan Taliban, pergerakan Hamas, gerakan PAS dan seumpamanya. Betapa minda kita sudah “dibasuh” teruk oleh Yahudi malah kadang-kadang pemikiran kita dan tindakan kita sendiri mengalahkan yahudi.
Tetapi “yahudi-yahudi melayu”inilah kadang-kadang menuduh orang lain sebagai yahudi dan proksi yahudi. Yahudi melayu sudah lupa asal usul barangkali.
Baik.. berbalik kepada perjuangan tadi kalau mengikut takrif perjuangan ialah perihal umat Islam mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak tertentu yang menetangnya. Takrif ini saya nyatakan dalam konteks perjuangan Islam. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut penghuraian anda boleh merujuk ilmuan agama. Saya hanya menghuraikan berdasarkan peringkat ilmu saya sesuai saya yang masih berada di semester 6 di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Apabila disebut soal perjuangan sudah semestinya ada suatu penetangan di situ. Tidak kiralah penentangan berbentuk idea taupun tindakan. Semuanya mengambarkan perjuangan.
Sebenarnya perjuangan Mahasiswa begitu banyak jasanya kepada Negara. Kita lihat begitu ramai pemimin yang kritikal dan bijak buah fikirannya yang lahir daripada perjuangan mahasiswa. Saya ambil contoh ialah Saudara Dzulkhairi iaitu Presiden GAMIS yang juga merupakan orang muda dan juga Mahasiswa. Pemikiran yang dibawa oleh saudara Dzulkhairi memang cukup kritikal dan lain daripada yang lain. Saya begitu mengaguminya atas 2 perkara. Pertama keberaniannya dan yang kedua atas pemikirannya.
Sememangnya perjuangannya di dalam GAMIS bersama kawan-kawan yang setia dengan perjuangan GAMIS menuntut pengorbanan yang besar. Saya sudah beberapa kali bertemu dengan beliau dan pernah sekali bersembang dengan beliau mengenai perjuangan mahasiswa.
Ternyata buah fikiran beliau dalam setiap isu begitu bernas dan kadang-kadang idea atau kesimpulan yang beliau lontarkan kepada kita “diluar kotak”. Saya begitu teringin untuk mempunyai pemikiran yang seperti beliau. Tatapi sudah semestinya memerlukan pengorbanan dalam menuntut ilmu.
Saya sudah membaca bukunya yang terbaru iaitu “Buku 50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh”. Beliau menceritakan kepada kita semua di dalam buku tersebut beliau boleh membaca buku rujukan yang setebal 700 muka surat dalam masa 4 hari. MasyaAllah… kalau nak dibandingkan dengan diri saya ternyata amat jauh sekali. Tapi apa pun kita mesti usaha sekadar termampu dalam menuntut ilmu ini. Banyakkan membaca buku-buku mengenai perjuangan supaya diri kita sentiasa berada dalam landasan dakwah yang betul bukannya dakwah dalam konteks yang sempit dan salah. Apa maksud saya dakwah dalam konteks yang sempit dan salah? Sebagai contoh yang kononnya seseorang itu melakukan dakwah Islam pada masa yang sama juga menganjurkan pesta-pesta maksiat dan juga program-program maksiat.
Mahasiswa.. Perjuangan.. 2 perkataan yang akan disinonimkan oleh masa dan persekitaran. insyaAllah..
( Saudara Dzulkhairi boleh dihubungi di www.dzulkhairi.blogspot.com)
Alhamdulillah akhirnya isu PPSMI akhirnya selesai. PPSMI merupakan satu lontaran idea dan juga dasar baru yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Tun memang banyak membawa jasa kepada Malaysia. Jadi tidak hairanlah kalau die digelar “Bapak Segala Pembangunan”. Daripada Negara kita yang bergantung kepada sumber pertanian kepada Negara industry. Lihatlah betapa hebat iden pembangunan Tun Mahathir.
Tapi dalam kehebatannya jangan disangka hebat dalam segenap segi. Mesti ada kekurangannya. Mana mungkin manusia sempurna. Dalam sempurna itu ada juga “bangangnya”. Maka tercetuslah oleh Tun Mahathir iden PPSMI. Idea yang pada mulanya mendapat bangkangan oleh orang-orang politik daripada Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia pada ketika itu masih buta untuk menilai dasar ini. maka tiada penentangan yang serius oleh rakyat Malaysia.
Tetapi selepas beberapa tahun dasar ini dijalankan. Keberkesanan dasar ini semakin diragui. Pejuang-pejuang bahasa yang dulunya diam seribu bahasa bangun dengan langtang menentang dasar yang tidak masuk akal ini. banyak wacana-wacana ilmu dianjurkan bagi membincangkan dasar ini dari sudut pro dan kontranya. Wacana-wacana semacam ini semakin mendedahkan ketempangan dasar Tum Mahathir ini. kemuncak penentangan rakyat apabila himpunan 100 ribu rakyat datang berdemostrasi di Kuala Lumpur dibawah simbahan air acid dan kepulan gas pemedih mata.
Dengan himpunan rakyat yang menunjukkan kesunguhan membenci dasar ini kerajaan mula celik dengan kemahuan rakyat dan kesedaran kerajaan mengenai kegagalan dasar ini akhirnya sampai. Serta merta Tun Pak Lah mengeluarkan kenyataan akan kaji balik dasar ini. itu lah hebatnya kuasa rakyat mendesak kerajaan melalui demostrasi. Kini keputusan yang sememangnya dijangkakan oleh aku sendiri iaitu kerajaan akan menarik balik dasar ini. akhirnya kerajaan menarik balik dasr ini secara beransur-ansur selama 3 tahun. Keadaan kembali kepada asal dulu. Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia. Manakala sekolah tamil dan cina menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Seperti yang dijangka juga Tun Mahathir tidak senang dengan tindakan kerajaan menarik balik dasar ini. Dasar orang tua nyanyuk. Tak habis-habis nak menyusahkan orang.
Biar gambar menceritakan segalanya kekejaman dan kerakusan nafsu manusia yang durjana. Manusia yang meletakkan sesuatu hukum itu sebagai ringan lantas menjebabkan dirinya ke lembah kebinasaan. Mungkin ini bermula daripada sekecil-kecil maksiat kepada sejahat-jahat perbuatan mengugurkan bayi ataupun membunuh bayi tersebut.
Memang haram jadah dan menyayatkan hati. Semua gambar ini saya dapat daripada sebuah blog pelajar UPSI sendiri iaitusuararevolusi. Saya percaya semua gambar-gambar ini adalah dari kes-kes yang berlaku di Malaysia sendiri yang dah mengisytiharkan negara ii sebagai negara Islam(betoi ka negara nie negara Islam)..
Siapa yang harus dipersalahkan? Maha berat tugas kita sebagai guru dalam menghadapi perkara ini. Tapi kenapa kita masih merasakan profesion ini ringan dan bersahaja. "Tepuk Dada Tanya Iman"
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.
Himpunan itu dijangka dapat menarik sehingga 200,000 orang untuk mendesak pihak kerajaan memansuhkan akta yang dikenali zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.
Sidang media yang diadakan di hadapan kompleks membeli belah SOGO kelmarin disertai Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan MANSUH, Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat serta Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sani Hamzan.
Sebelum sidang akhbar dimulakan, Kamaruzzaman menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai program mereka. Bagaimanapun, seorang pegawai polis menghampirinya dan meminta beliau jangan menggunakan pembesar suara tersebut.
"Hanya sepuluh minit sahaja," katanya kepada pegawai polis berkenaan. Namun pegawai polis tersebut tetap meminta beliau tidak menggunakan pembesar suara. Justeru beliau akur dengan arahan tersebut dan sidang media tetap diteruskan walaupun tanpa menggunakan pembesar suara.
Kelihatan kira-kira 30 orang anggota polis berpakaian seragam memantau keadaan di situ. Selain kehadiran jurugambar dan wartawan, sidang akhbar tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut.
Dalam sidang media tersebut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menegaskan 1 Ogos dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut sempena 49 tahun akta rimba tersebut digubal.
Jelas Syed Ibrahim, selain menggesa supaya ISA dimansuhkan, melalui himpunan tersebut satu mesej yang jelas akan disampai oleh rakyat menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kamunting.
Beliau menegaskan undang-undang yang menahan individu tanpa bicara tidak sepatutnya wujud dalam sebuah negara demokrasi di Malaysia.
"Kerajaan telah menyatakan akan mengkaji semula ISA. Dato' Seri Najib Tun Razak juga sewaktu dilantik sebagai Perdana Menteri mengumumkan pembebasan beberapa orang tahanan. Namun masih berlaku penahanan terbaru pada 25 Jun lalu di mana tiga orang ditahan di bawah ISA dan ia turut disahkan oleh Ketua Polis Negara.
"Dan penahanan ini tidak diumumkan kepada media dan juga kepada rakyat. Inilah hakikat ISA iaitu 'Ikut Suka Aku'. Apabila mereka melihat ada kepentingan, mereka akan umumkan kepada rakyat mengenai pembebasan. Tetapi apabila berlaku penahanan, perkara ini tidak dihebahkan. Dan yang menjadi mangsa adalah tahanan yang tidak dapat membela diri mereka. Keluarga mereka juga menjadi mangsa kerana tidak dimaklumkan mengenai penahanan serta kesalahan yang dilakukan. Dan yang menjadi mangsa keseluruhannya ialah sistem demokrasi dan keadilan di negara ini," tegasnya.
Sementara itu, Mohd Sani bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa golongan muda agar turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut agar akta 'jakun' dan tidak bertamadun itu dapat dimansuhkan.
Kamaruzzaman pula menyatakan, kehadiran semua lapisan masyarakat dalam perhimpunan tersebut juga bagi mendesak kerajaan menghapusakan semua akta yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara.
Jelasnya, pihaknya mensasarkan perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hingga 200,000 orang.
Sebaik sahaja sidang media tersebut berakhir, Sekretariat Himpunan MANSUH mengedarkan risalah mengenai himpunan tersebut kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah tersebut dan kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahaman dan Masjid India.
Difahamkan tiada sebarang gangguan daripada pihak polis serta sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu risalah tersebut diedarkan. _ Sumber: Harakahdaily
Berita terbaru daripada UPSIKINI begitu mengejutkan saya. Malam bintang dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kebiasaannya malam bintanglah yang paling dinantikan oleh sesetengah pelajar-pelajar baru tidak jurang juga para fesi untuk berhibur pada malam itu.
Biasalah berhibur, tiada salahnya. Yang menjadi salah apabila hiburan itu diselangi dengan maksiat kepada Allah. Contohnya nyanyian daripada perempuan, lakonan berpegang tangan lelaki perempuan, teriak pekik penonton perempuan dan pergaulan bebas antara fesi dan juga antara pelajar. Tapi pengalaman saya selama berada di UPSI benda ini masih menjadi karat-karat yang melekat entah bila akan dihapuskan. Ermm… tak boleh komen lebih-lebih nanti ada pula yang menghentam dan memaki hamun saya. Tapi saya suka komen sesuatu perkara berdasarkan agama kerana saya begitu yakin dengan kesyumulan Islam. Tidak menyusahkan kita dan jangan kita yang menyusahkan diri kita sendiri. Islam itu agama yang mudah. Maka jangan susahkan
Jikalau benda-benda maksiat ini dapat dibendung dalam majlis hiburan anjuran UPSI makan UPSI lah satu-satunya boleh dijadikan ikon satu Malaysia panduan untuk berhibur. Errmmm…. BTN pun dibatalkan jugak? Alahai kesiannya. Apa-apa pun tahniah kepada TNC HEP&A, Prof Dr. Saharudin Abd Aziz.
Tersenyum keseorangan saya melihat gelagat adik-adik baru menari tarian poco-poco semalam. Sememangnya tarian ini antara tarian yang famous menjelang MSK (SMS) saban tahun. Boleh dikatakan setiap fesi tahu dan pakar untuk melakukan tarian ini.
Tidak kira jurusan ape, lelaki ataupun wanita kecil besar semua diwajibkan turun untuk berlatih tarian poco-poco. Sememangnya dikalangan ramai adik itu ada yang berasa ‘tension’ dengan tarian ini sebagaimana yang pernah saya rasa semasa MSK dulu. Jadi biarlah, biarlah dia merasa ‘tension’ jangan kita pula nak memaki hamun dengan ‘ketensionannya’ itu.
Apa tidaknya. Kita yang sudah berumur 20-an disuruh menari macam budak-budak. Keintelektualan mahasiswa kadang-kadang tergugat dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. tapi apa boleh buat. Kalau komen lebih-lebih nanti ada yang menghentam. Nanti ada yang kata kita jumud, beku, kaku, tunggul, berfikiran tertutup dan macam-macam lagi.
Bagi saya itu bukan persoalannya tetapi yang penting keintelektualan mahasiswa dimana letaknya. Kita datang ke UPSI sebagai mahasiswa dan bakal menjadi guru seharusnya pemikiran kritis dan kreatif kita digilap seawal Minggu Suai Kenal. Nak melahirkan pemikiran yang ‘super’ tidak cukup dengan menghadiri kuliah tetapi mesti dibangkitkan dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan aktiviti yang seumpama dengannya.
Saya masih ingat lagi semasa Minggu Suai Kenal, masa itu saya tinggal di KAB, saya dan kawan-kawan dipaksa berlatih pasukan sorak dan tarian poco-poco pada malam jumaat. Memang saya dan beberapa orang kawan rasa sungguh tercabar bila kami cuba mengigatkan fesi berkenaan hari yang mulia seharusnya kita adakan aktiviti yang meningkatkan rohani tetapi kami pula dimarahinya dan dikatakan cuba memboikot program. Saya dengan keberanian keintelektualan saya memboikot program pada malam itu apabila kami beramai-ramai lepak di tepi longkang tanpa menghiraukan aktiviti yang dijalankan.
Itulah yang silapnya. Keunggulan fikiran mahasiswa dan kematangan mahasiswa dicabar dengan aktiviti seperti ini. seolah-olah aktiviti hiburan yang tidak kena tempat menghalang perkembangan keintelektualan mahasiswa. Sekarang saya dapat lihat kawan-kawan saya yang ghairah berhibur pada hari tersebut ramai terjerumus ke kancah ‘kebebasan’ tanpa meghiraukan syariat. Betapa itu merugikan kita semua.
Tetapi untuk Minggu Suai Kenal pada kali ini seolah-olah tiada pembaharuan. Kita masih dengan cara yang sama dan perangai segelintir fesi yang sama. Oh UPSI ku…. Carilah angin perubahan demi keunggulan mahasiswa.
Semalam saya berkesempatan untuk meninjau sekitar pengumuman calon PAS untuk pilihanraya dun Manek Urai yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pengumuman yang dilangsungkan di kawasan Peti Undi Manek Urai Lama menarik begitu ramai pengunjung sehingga hadirin yang datang melimpahi padang. Majlis yang bermula pada pukul 9.15 dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Hadi, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin2 besar Pakatan Rakyat.
Pengumuman calon dibuat oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz pada pukul 11.30 malam disambut dengan laungan takbir yang meremangkan bulu roma. Calon yang memang tidak asing lagi di kawasan Manek Urai itu yang bernama Fauzi Abdullah juga dikenali dengan panggilan "Puji ikan" kerana dia adalah pemborong ikan di kawasan Kuala Krai dan Machang.
Saya juga cukup kagum dengan penerangan Datuk Haji HUsam kenapa PAS boleh bersama dengan DAp manakal dengan UMNO tidak boleh. Penerangan jelas lagi berfakta menarik hati pendengar pada malam itu.
Tanjong Malim, 26 Jun – Kesemua peserta termasuk pegawai pengiring yang terlibat dalam satu lawatan ke Jogjakarta dan kemudiannya mengadu mengalami simptom-simptom dijangkiti selsema babi disahkan bebas daripada jangkitan tersebut.
Keputusan dikeluarkan oleh pihak Hospital Slim River semalam dan mendapati kesemua suspek negative dalam ujian darah bagi mengesahkan sama ada dijangkiti ataupun tidak.
Pihak hospital juga menjelaskan simptom-simptom yang dialami semua suspek merupakan sakit biasa akibat perubahan cuaca dan tidak mempunyai kaitan dengan selsema babi.
Mengulas tentang keputusan ini, saudara Zulhelmi, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, dipetik sebagai berkata keputusan tersebut sudah semestinya melegakan ramai pihak.
Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak hospital yang bertungkus lumus membantu bagi meleraikan kebimbangan sebelum ini.
“Kami bersyukur dengan keputusan yang melegakan ramai pihak ini dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital yang bertungkus lumus membantu”katanya.
Ujarnya lagi”justeru kami berharap agar semua mahasiswa sama-sama berdoa agar kita dijauhkan daripada penyakit tersebut bukan sahaja semasa kita diuji begini”.
Terdahulu, upsikini melaporkan seramai 8 orang disyaki dijangkiti selsema babi selepas mengalami simptom-simptom penyakit tersebut.
KOTA BHARU, 3 Jamadil Akhir 1430 - Kelantan yang dikenali sebagai negeri kebajikan tambah semarak lagi dengan pelancaran pelbagai tabung bagi membantu rakyat miskin. Sebelum ini ada Tabung Serambi Mekah, Tabung Amanah Tok Kenali dan Tabung Qardhu Hassan.
Dan semalam skim bantuan Imam Al-Ghazali pula dilancarkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Skim tersebut dikendalikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Bantuan bulanan akan diagih kepada 100 pelajar miskin yang dipilih dari sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman idea bagi mewujudkan skim bantuan tersebut dicetus memandangkan ramai pelajar cemerlang di Kelantan dari keluarga kurang berkemampuan.
"Contohnya adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, anak nelayan yang muncul pelajar terbaik SPM seluruh negara. Maka PMBK merasakan bertanggungjawab untuk membela mereka.
"Oleh itu PMBK memperuntukkan sebanyak RM5,000 sebulan bagi membantu 100 pelajar miskin yang cemerlang," katanya pada majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.
Setiap pelajar terbabit mendapat bantuan sebanyak RM50 sebulan dan ia akan dimasuk ke akaun Bank Islam pelajar terbabit sama tarikh gaji yang diterima kakitangan PMBK.
Ariffahmi berkata, walau pun sumbangan tersebut agak kecil, namun ia amat bernilai bagi mereka yang dhaif.
Bagaimanapun katanya, jumlah sumbangan itu akan dikaji dari semasa ke semasa.
Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata nama Imam Al-Ghazali yang dipilih PMBK amat bertepatan kerana imam tersebut merupakan seorang alim dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah dan juga syiah.
"Al-Ghazali merupakan seorang yang digelar Hujjahtun Islam kerana mempunyai keperibadian mulia dan seharusnya menjadi ikon kepada mereka yang ingin menuntut ilmu dunia dan akhirat.
"Saya amat gembira kerana nama yang agung ini digunakan sebagai perangsang kepada penerima skim bantuan ini. Diharap PMBK dapat mempertingkatkan lagi jumlah penerimanya pada masa akan datang," katanya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun sumbangan yang diberikan PMBK agak kecil namun sekiranya diberi secara ikhlas nilainya lebih besar di sisi Allah Taala.
Hadir sama pada program itu Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yik, Ustaz Zakaria Muhamad dan Pengurus Bank Islam Cawangan Kota Bharu, Muhd Zafrullah Ghazy.
Manakala Nik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam SPM tahun lalu dijemput sebagai penceramah jemputan pada majlis tersebut.
Maghi budop2 kelate kito pakat-pakat kupo kuatkan ukhuwah antara kita. Kita sokong kepimpinan kita, kito majuke negheri kito bia jadi negheri palim maju di dunio. Maju dari segi ketamadune Islam dan jugop material. Sebarang cadangan boleh e-mailkan kepada kami imakkelantan@gmail.com