budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos
Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

Monday, August 10, 2009

Penganjur Konsert Ingkar Saranan PM..

Sekali lagi pihak penganjur konsert pesta konvo UPSI menerima tempelak apabila penganjuran konsert Jaclyn Victor semalam terang-terangan melanggar saranan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak apabila tetap berdegil ingin meneruskan konsert konvo.


Perdana Menteti menasihatkan kepada rakyat dalam satu berita yang boleh dipetik didalam Malaysiakini agar mengelakkan diri daripada berhimpun beramai-ramai.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat awam.


Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 semakin meningkat dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.


"Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak.


"Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di ibu Negara.


Kami dipihak kepimpinan pelajar turut merasa kesal dengan penganjuran tersebut. Sebelum ini penentangan terhadap konsert ini atas dasar hukum Islam malah turut juga melibatkan saranan PM yang tidak diendahkan oleh pihak penganjur. Penularan wabak ini untuk kali yang ke-2 di UPSI wajar dipersalahkan kepada pihak penganjur konsert kerana tidak mengendahkan saranan Perdana Menteri.


Buat apa mempunyai Perdana Menteri jikalau saranannya yang BAIK tidak mahu diikuti.


Kami menyeru kepada warga UPSI supaya mengelakkan diri daripada berada di tempat orang ramai agar wabak H1N1 tidak merebak lagi.


Salam perjuangan. Salam 1 Malaysia..


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Sunday, August 9, 2009

Boikot KONSERT pesta konvo...


KONSERT HARAM pesta konvo sekali lagi bakal menbawa nasib malang bagi UPSI. Saya mewakili Presiden Mahasiswa Anak Negeri Kelantan dan pimpinan yang lain mengutuk keras diatas penganjuran konsert ini.


Disebalik Negara kita yang dilanda bala pandemik H1N1 nampaknya masih ramai orang Islam buta pintu hati untuk menilai mesej yang dihantar oleh Sang Pencipta itu. Ingatlah sebelum kita dihancurkan. Jangan jadi pekak tuli membodohkan dan menyombongkan diri.


Gembirakah kalian disebalik penganjuran konsert maksiat ini? Jangan cuba beralasan soal hukum. Hukum ini bukan datang daripada ayah kita, bukan datang daripada atok kita, bukan datang daripada Perdana Menteri, bukan datang daripada raja tetapi datang daripada Sang Pencipta yang maha berkuasa ke atas sekalian alam.


Saya mewakili Presiden dan seluruh Majlis Tertinggi dan Exco melancarkan kempen boikot konsert pesta konvo. Kami di pihak persatuan menyeru anak-anak Kelantan dan seluruh warga kampus supaya memboikot konsert ini dan sama-sama menghebahkan kepada kawan-kawan kempen boikot ini.


FIRMAN ALLAH:


"Sesungguhnya orang2 yg briman hanyalah org2 yg briman kpd Allah dn Rasul-Nya, kmudian mrka tidak ragu2 dn mrka berjihad dgn hrta dn jiwa raga merka pd jaln Allah, mrka itulah org2 yg benr.(Surah A-Hujurat:Ayat 15).


":dan perangilah mrka itu, shingga tidak ada fitnah lagi dan(shingga) agma hanya untuk Allah belaka. jika mrka berhenti (dr mmusuhi kmu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kcuali terhadap org2 yg zalim.(Surah Al-Baqarah:ayat 193)


SAHABAT YG DIRAHMATI, INGATLAH SABDA RASULULLAH S.A.W:


"sesungguhnya perkara yang paling aku takut berlaku kepda umatku ialah menyekutukan Allah. Aku tidak mengatakan yg mereka menyembah matahari, bulan atau berhala, tetapi mereka membuat amalan-amalan bukan untuk Allah tetapi untuk keinginan nafsu yang tersembunyi" (diriwayatkan oleh Ibnu Majah).


Marilah kita sama-sama menjauhi kerja syirik dan kejahilan puak penganjur. Semoga Allah merahmati kita semua. Salam perpaduan. Salam 1 Malaysia…


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Friday, July 24, 2009

Kemana 1000 'tentera' Aspirasi menghilang??

AGM Persatuan Mahasiswa Sains… kemana menghilang 1000 ‘tentera’ Aspirasi? Kononnya mereka akan menghantar seribu ‘tentera’ mereka untuk merebut jawatan di dalam Persatuan Mahasiswa Sains.


Saya sempat membuat tinjauan dikalangan Pro Kebajikan berkenaan Aspirasi yang bakal membawa seribu ‘tentera’ mereka. Rata-rata mengalu-alukan kedatangan mereka agar memeriahkan lagi AGM pada malam ini. Tapi hampa apabila ‘tentera-tentera’ mereka yang kononnya gagah berani lari dalam medan perang.


Alhamdulillah semua jawatan untuk EXCO selamat dipertandingkan. Tetapi jawatan untuk MT telah dipilih secara syura bersesuaian dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Persatuan Mahasiswa Sains.


Akhir kata…. Rugi wooo ‘tentera’ Aspirasi tak dating. Kalau dating leh gak jamuan perut kalian dengan Mee goring Karim..


Hahahaha…. Aspirasi kempunan..

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Hairie tidak layakkah? Memalukan..

Malam ini sama-sama kita luangkan masa untuk bersama-sama Forum Bicara Siswa yang akan berlangsung secara langsung di TV1 bertempat di SITC.

Ahli panel terdiri daripada Naib Canselor UPSI,YDP UM,YDP UIA bakal membuka dimensi baru dalam pemikiran mahasiswa UPSI. seperti mana yang kita tahu dua wakil MPP tersebut antara kalangan pemimpin PRO MAHASISWA yang selalu lantang bersuara dalam persada dunia politik mahasiswa.

Isu yang dibincangkan ialah PPSMI yang sememangnya sinonim dengan isu pendidikan maka amat bertepatanlah dibincangkan di UPSI sendiri.

Apa yang menghairakan kenapa ura-ura mengatakan YDP MPP UPSI tidak dibarisi sebagai ahli panel pada malam ini? sepatutnya beliau merupakan ahli panel sesuai dengan dirinya sebagai tuan rumah untuk forum malam ini?

Adakah Saudara Hairie tidak layak untuk memikul cabaran forum ini atau sememangnya pihak penganjur sendiri melihat beliau sebagai seorang yang tidak mempunya kepimpinan dalam menghuraikan isu ini?

Alangkah malang sekali kalau ia benar-benar berlaku. Satu penghinaan kepada organisasi MPP UPSI yang sepatutnya lebih keterhadapan dalam menghuraikan isu ini. Tapi apa pun ahli panel yang dipilih telah dinilai dengan sebijaknya oleh pihak penganjur. Sebarang orang tidak mampu untuk menghuraikan isu ini melainkan orang yang betul-betul hadam dalam menyelidik isu yang panas ini. Tidak kiralah walaupun seseorang itu bakal guru tetapi tidak mempunyai keilmuan dalam menghuraikan isu ini sepatutnya seseorang itu disingkirkan dalam memberi respon terhadap isu ini.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Ko Spin... Pihak tertentu kecut perut...


Amat pelik kenapa sesetengah puak-puak di UPSI sendiri begitu anti dengan Ko Spin yang dianjurkan oleh GAMIS. Ko Spin yang diadakan di Auditorium Muzium Shah Alam pada 11 Julai mempunyai objektifnya tersendiri.



Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi bersama-sama dengan anda semua apakah objektif Ko Spin yang dianjurkan oleh GAMIS. Sebelum saya meneruskan penulisan saya izinkan saya mempertikaikan sesetangah kenyataan “kanak-kanak bacul” UPSI yang mengatakan GAMIS adalah pertubuhan haram. GAMIS sebenarnya sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah NGO bukannya sebuah kumpulan yang bergerak secara haram.



Ada sesetengah mengatakan GAMIS terlibat dengan pembangkang. Tetapi tidak dinyatakan secara jelas oleh si penuduh. Memang si penuduh jenis cacat otak menuduh bernafsukan syaitan sahaja. Tuduhan yang lebih teruk ialah pihak-pihak hingusan di USPI mengatakan GAMIS adalah agen yahudi dan amerika. Tapi kenapa kononnya GAMIS ini ejen yahudi tetapi banyak membawa mesej Islam? GAMIS dah berjaya mengislamkan yahudi ke? Wah.. Tahniah GAMIS kelau betul ini kejayaan anda.



Saya suka untuk bekongsi satu antara objektif Ko spin iaitu seperti yang tertera di bawah:



“Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.”



Apa yang disebutkan di dalam objektif ini satu ayat yang jelas lagi bersuluh mengenai kedudukan Pendidikan Islam di Negara kita. Saya berani mengatakan kedudukan dan kepedulian pihak kerajaan terhadap pendidikan Islam berada di tahap yang lemah.



Pendidikan Islam tidak diberikan penekanan di sekolah. Ibaratkan pendidikan Islam suatu subjek yang tidak penting seperti objek sampingan sahaja. Dapat kita lihat remaja pada hari ini tidak lagi berakhlak seperti manusia. Gejala sosial makin banyak berlaku. Bukan sahaja kes-kes yang berlaku di luar sana malah turut melanda pelajar-pelajar universiti sendiri saya ambil contoh pelajar UPSI.



Banyak agenda-agenda Islam tidak dapat dicapai kerana di alam persekolahan kepedulian kita terhadap pendidikan Islam tidak kritikal seperti subjek lain.



Jadi saya menasihatkan kepada semua orang agar dapat melihat kongres ini dalam skop yang lebih luas. Walaupun tarikhnya sudah lepas diharap pihak UPSI memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyertainya di masa akan datang. Program maksiat seperti GEGAR U kita boleh benarkan jadi mengapa program keilmuan mengenai isu pendidikan kita lah yang menjadi penghalang utama.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Monday, July 6, 2009

Tabiat yang dibuang= buang tabiat...

Alhamdulillah saya dapat manfaatkan masa dengan sepenuhnya pada hari ini. Hari ini jadual kuliah memang lengang. Sesi kuliah hanya ada pada sebelah petang dan malam sahaja.
Sepanjang hari saya asyk memikirkan strategi-starategi dan perincian-perincian untuk program yang akan dijalankan pada semester ini. Sambil otak berfikir diselangi pula dengan tatapan novel “Derap-derap Tasbih”nukilah Hadi S. Khuli.

Sudah beberapa tahun minat membaca novel dan buku-buku agama telah hilang. Tapi Alhamdulillah kini telah datang kembali. Datang dengan memberi harapan baru kepada diri ini dalam memperlengkapkan diri dengan ilmu dan amal seterusnya mengukuhkan iman yang ada. Memang lumrah kita sebagai orang muda berasa leceh dengan kehidupan seperti ini. asyik-asyik membaca buku sahaja sehingga lupa hiburan diluar. Tapi Alhamdulillah inilah hiburan baru buat saya. Hiburan yang melazatkan yang hanya dapat dirasai oleh insane pilihan Allah. Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada kawan yang banyak menjadi contoh tauladan kepada saya dalam mengislahkan diri ini. inilah kawan dunia akhirat. Kawan dikala susah dikala senang bersama perjuangan yang panjang ini di Kota London(UPSI) yang tercinta.

Novel “ Derap-derap Tasbih” menceritakan kisah percintaan di university. Biasalah percintaan di university. Kononnya akan sampai ke jinjang pelamin. Segala perjalanan cinta yang diungkapkan di dalam buku ini bagaikan kisah sebenar yang pernah dialami oleh penulis(hehehe). Penulis disini maknanya bukan diri saya tapi diri penulis novel tersebut.
Jalan cerita memang indah dan banyak memberi pengajaran.

Bila terasa perit menyengat mata saya berehat sebentar selepas itu menyambung bacaan dengan buku “Minda Muslim Super” karangan Dr Danial Zainal Abidin. Ulasan bukunya yang agak keterhadapan dan kontemporari lebih menarik minat pembaca semacam saya kerana kita sekarang memang terdedah dengan perkembangan Sains dan Teknologi. Begitu kagum diri saya dengan penulis buku. Hebat orangnya. Bukan calang-calang orang. Asalnya seorang Doktor perubatan tetapi sekarang giat menulis buku-buku agama. Sememangnya orang seperti ini memang diperlukan dalam perjuangan Islam.

Jadi saya berbesar hati ingin mengajak sahabt-sahabat sekalian supaya kita jadikan tabiat membaca sebagai amalan kita. Memang ortodoks bunyinya apabila saya menyeru supaya kita semua minat membaca sebab memang dah selalu kita dengar seruan ini. tapi itulah manusia. Mudah lupa dan tak reti bahasa. Benda yang selalu didengar tapi jarang sekali hendak diendahkan. Perangai mengalahkan haiwan ternakan.
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Sunday, July 5, 2009

Himpunan mansuh ISA , 1 Ogos, sasar 200,000 orang

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.

Himpunan itu dijangka dapat menarik sehingga 200,000 orang untuk mendesak pihak kerajaan memansuhkan akta yang dikenali zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.

Sidang media yang diadakan di hadapan kompleks membeli belah SOGO kelmarin disertai Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan MANSUH, Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat serta Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sani Hamzan.

Sebelum sidang akhbar dimulakan, Kamaruzzaman menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai program mereka. Bagaimanapun, seorang pegawai polis menghampirinya dan meminta beliau jangan menggunakan pembesar suara tersebut.

"Hanya sepuluh minit sahaja," katanya kepada pegawai polis berkenaan. Namun pegawai polis tersebut tetap meminta beliau tidak menggunakan pembesar suara. Justeru beliau akur dengan arahan tersebut dan sidang media tetap diteruskan walaupun tanpa menggunakan pembesar suara.

Kelihatan kira-kira 30 orang anggota polis berpakaian seragam memantau keadaan di situ. Selain kehadiran jurugambar dan wartawan, sidang akhbar tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut.

Dalam sidang media tersebut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menegaskan 1 Ogos dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut sempena 49 tahun akta rimba tersebut digubal.

Jelas Syed Ibrahim, selain menggesa supaya ISA dimansuhkan, melalui himpunan tersebut satu mesej yang jelas akan disampai oleh rakyat menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kamunting.

Beliau menegaskan undang-undang yang menahan individu tanpa bicara tidak sepatutnya wujud dalam sebuah negara demokrasi di Malaysia.

"Kerajaan telah menyatakan akan mengkaji semula ISA. Dato' Seri Najib Tun Razak juga sewaktu dilantik sebagai Perdana Menteri mengumumkan pembebasan beberapa orang tahanan. Namun masih berlaku penahanan terbaru pada 25 Jun lalu di mana tiga orang ditahan di bawah ISA dan ia turut disahkan oleh Ketua Polis Negara.

"Dan penahanan ini tidak diumumkan kepada media dan juga kepada rakyat. Inilah hakikat ISA iaitu 'Ikut Suka Aku'. Apabila mereka melihat ada kepentingan, mereka akan umumkan kepada rakyat mengenai pembebasan. Tetapi apabila berlaku penahanan, perkara ini tidak dihebahkan. Dan yang menjadi mangsa adalah tahanan yang tidak dapat membela diri mereka. Keluarga mereka juga menjadi mangsa kerana tidak dimaklumkan mengenai penahanan serta kesalahan yang dilakukan. Dan yang menjadi mangsa keseluruhannya ialah sistem demokrasi dan keadilan di negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Mohd Sani bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa golongan muda agar turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut agar akta 'jakun' dan tidak bertamadun itu dapat dimansuhkan.

Kamaruzzaman pula menyatakan, kehadiran semua lapisan masyarakat dalam perhimpunan tersebut juga bagi mendesak kerajaan menghapusakan semua akta yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara.

Jelasnya, pihaknya mensasarkan perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hingga 200,000 orang.

Sebaik sahaja sidang media tersebut berakhir, Sekretariat Himpunan MANSUH mengedarkan risalah mengenai himpunan tersebut kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah tersebut dan kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahaman dan Masjid India.

Difahamkan tiada sebarang gangguan daripada pihak polis serta sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu risalah tersebut diedarkan. _
Sumber: Harakahdaily

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Selamat menempuhi semester baru

Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama warga UPSI memulakan kuliah-kuliah mereka. Seawall jam 7.00 pagi sudah kelihatan beberapa pelajar bersedia untuk menaiki bas ke kampus.

Suasana yang ceria dan penuh bersemangat dapat dilihat pada setiap wajah. Mungkin azam baru, semangat baru menghiasi diri pada pagi ini. diharapkan momentum ini kekal dalam diri setiap individu di UPSI.

Kepada pelajar UPSI anda digalakkan untuk selalu berkunjung ke blog ini untuk mendapat maklumat-maklumat dan ilmu yang terdapat disini. insyaAllah akan selalu dikemaskini dengan berita-berita dan ilmu-ilmu yang berguna.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

Malam bintang dibatalkan.. Alahai ruginya.

Berita terbaru daripada UPSIKINI begitu mengejutkan saya. Malam bintang dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kebiasaannya malam bintanglah yang paling dinantikan oleh sesetengah pelajar-pelajar baru tidak jurang juga para fesi untuk berhibur pada malam itu.

Biasalah berhibur, tiada salahnya. Yang menjadi salah apabila hiburan itu diselangi dengan maksiat kepada Allah. Contohnya nyanyian daripada perempuan, lakonan berpegang tangan lelaki perempuan, teriak pekik penonton perempuan dan pergaulan bebas antara fesi dan juga antara pelajar. Tapi pengalaman saya selama berada di UPSI benda ini masih menjadi karat-karat yang melekat entah bila akan dihapuskan. Ermm… tak boleh komen lebih-lebih nanti ada pula yang menghentam dan memaki hamun saya. Tapi saya suka komen sesuatu perkara berdasarkan agama kerana saya begitu yakin dengan kesyumulan Islam. Tidak menyusahkan kita dan jangan kita yang menyusahkan diri kita sendiri. Islam itu agama yang mudah. Maka jangan susahkan

Jikalau benda-benda maksiat ini dapat dibendung dalam majlis hiburan anjuran UPSI makan UPSI lah satu-satunya boleh dijadikan ikon satu Malaysia panduan untuk berhibur.
Errmmm…. BTN pun dibatalkan jugak? Alahai kesiannya. Apa-apa pun tahniah kepada TNC HEP&A, Prof Dr. Saharudin Abd Aziz.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Mahasiswa UPSI yang tertindas kematangannya

Tersenyum keseorangan saya melihat gelagat adik-adik baru menari tarian poco-poco semalam. Sememangnya tarian ini antara tarian yang famous menjelang MSK (SMS) saban tahun. Boleh dikatakan setiap fesi tahu dan pakar untuk melakukan tarian ini.

Tidak kira jurusan ape, lelaki ataupun wanita kecil besar semua diwajibkan turun untuk berlatih tarian poco-poco. Sememangnya dikalangan ramai adik itu ada yang berasa ‘tension’ dengan tarian ini sebagaimana yang pernah saya rasa semasa MSK dulu. Jadi biarlah, biarlah dia merasa ‘tension’ jangan kita pula nak memaki hamun dengan ‘ketensionannya’ itu.

Apa tidaknya. Kita yang sudah berumur 20-an disuruh menari macam budak-budak. Keintelektualan mahasiswa kadang-kadang tergugat dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. tapi apa boleh buat. Kalau komen lebih-lebih nanti ada yang menghentam. Nanti ada yang kata kita jumud, beku, kaku, tunggul, berfikiran tertutup dan macam-macam lagi.

Bagi saya itu bukan persoalannya tetapi yang penting keintelektualan mahasiswa dimana letaknya. Kita datang ke UPSI sebagai mahasiswa dan bakal menjadi guru seharusnya pemikiran kritis dan kreatif kita digilap seawal Minggu Suai Kenal. Nak melahirkan pemikiran yang ‘super’ tidak cukup dengan menghadiri kuliah tetapi mesti dibangkitkan dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan aktiviti yang seumpama dengannya.

Saya masih ingat lagi semasa Minggu Suai Kenal, masa itu saya tinggal di KAB, saya dan kawan-kawan dipaksa berlatih pasukan sorak dan tarian poco-poco pada malam jumaat. Memang saya dan beberapa orang kawan rasa sungguh tercabar bila kami cuba mengigatkan fesi berkenaan hari yang mulia seharusnya kita adakan aktiviti yang meningkatkan rohani tetapi kami pula dimarahinya dan dikatakan cuba memboikot program. Saya dengan keberanian keintelektualan saya memboikot program pada malam itu apabila kami beramai-ramai lepak di tepi longkang tanpa menghiraukan aktiviti yang dijalankan.

Itulah yang silapnya. Keunggulan fikiran mahasiswa dan kematangan mahasiswa dicabar dengan aktiviti seperti ini. seolah-olah aktiviti hiburan yang tidak kena tempat menghalang perkembangan keintelektualan mahasiswa. Sekarang saya dapat lihat kawan-kawan saya yang ghairah berhibur pada hari tersebut ramai terjerumus ke kancah ‘kebebasan’ tanpa meghiraukan syariat. Betapa itu merugikan kita semua.

Tetapi untuk Minggu Suai Kenal pada kali ini seolah-olah tiada pembaharuan. Kita masih dengan cara yang sama dan perangai segelintir fesi yang sama. Oh UPSI ku…. Carilah angin perubahan demi keunggulan mahasiswa.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Semua suspek selamat, tiada jangkitan selsema babi

Tanjong Malim, 26 Jun – Kesemua peserta termasuk pegawai pengiring yang terlibat dalam satu lawatan ke Jogjakarta dan kemudiannya mengadu mengalami simptom-simptom dijangkiti selsema babi disahkan bebas daripada jangkitan tersebut.

Keputusan dikeluarkan oleh pihak Hospital Slim River semalam dan mendapati kesemua suspek negative dalam ujian darah bagi mengesahkan sama ada dijangkiti ataupun tidak.

Pihak hospital juga menjelaskan simptom-simptom yang dialami semua suspek merupakan sakit biasa akibat perubahan cuaca dan tidak mempunyai kaitan dengan selsema babi.

Mengulas tentang keputusan ini, saudara Zulhelmi, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, dipetik sebagai berkata keputusan tersebut sudah semestinya melegakan ramai pihak.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak hospital yang bertungkus lumus membantu bagi meleraikan kebimbangan sebelum ini.

“Kami bersyukur dengan keputusan yang melegakan ramai pihak ini dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital yang bertungkus lumus membantu”katanya.

Ujarnya lagi”justeru kami berharap agar semua mahasiswa sama-sama berdoa agar kita dijauhkan daripada penyakit tersebut bukan sahaja semasa kita diuji begini”.

Terdahulu, upsikini melaporkan seramai 8 orang disyaki dijangkiti selsema babi selepas mengalami simptom-simptom penyakit tersebut.

Read more...

Penularan wabak H1N1

Penularan Virus H1N1 semakin membimbangkan kita semua. Berita terbaru daripada UPSI seramai 8 orang JMK Koleh Harunaminurrashid dijangkiti Virus tersebut dan 2 daripadanya disahkan positif.

Saya yang sampai di Tanah Merah pagi tadi merasa terkejut dengan berita terbaru ini kerana saya sudah 3 hari berada di KHAR kerana ada beberapa urusan. Tetapi Alhamdulillah tindakan pantas telah diambil oleh Pihak yang berwajib untuk membendung masalah ini.
Berita terbaru hari ini juga menyebut cuti untuk Doktor dan pegawai kesihatan telah dibekukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi member perhatian khusus untuk membendung wabak ini.

Saya selaku wakil blog Persatuan Mahasiswa Anak Kelantan menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat agar mengadakan solat hajat agar diberi perlindungan daripada bala ujian Allah ini.

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Jangan jadikan MSK sebagai tempat kepentingan individu

Ikatan Mahasiswa Anak Kelantan hari ini menegaskan ingin menyokong pendirian Pro Kebajikan agar tidak menjadikan medan Minggu Suai Kenal(MSK) sebagai medan untuk berkempen. Kenyataan ringkas Pro Kebajikan sepertimana mana yang dilaporkan di blog UPSIKINI menyeru kepada semua yang terlibat dalam MSK membetulkan niat dan mengisi ruang MSK untuk memberi kesedaran kepada pelajar baru bahawa mereka bakal bergelar guru satu hari nanti.

Seharusnya peluang yang ada selama seminggu digunakan sebaik mungkin untuk mentarbiyahkan diri-diri pelajar baru agar menjadi seorang guru yang berakhlak. Niat untuk berkempen tidak sepatutnya ada di dalam diri individu-individu tertentu demi mencapai kemenangan untuk kumpulan mereka di dalam Pilihanraya Kampus untuk semester hadapan. Kami warga anak-anak Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya niat songsang sesetengah individu yang berkepentingan diri di dalam MSK pada kali ini.

Diharapkan saudara Hairie selaku YDP MPP memantau perkara ini agar tidak merosakkan minggu suai kenal pada kali ini sekaligus merenggangkan lagi hubungan persaudaraan antara team Kebajikan dan juga Kualiti. Kami juga mengharapkan MSK pada kali ini akan membawa kesepaduan antara fikrah-fikrah MPP yang terdiri daripada fikrah Islamik dan non-Islamik.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP