budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Monday, July 6, 2009

Tabiat yang dibuang= buang tabiat...

Alhamdulillah saya dapat manfaatkan masa dengan sepenuhnya pada hari ini. Hari ini jadual kuliah memang lengang. Sesi kuliah hanya ada pada sebelah petang dan malam sahaja.
Sepanjang hari saya asyk memikirkan strategi-starategi dan perincian-perincian untuk program yang akan dijalankan pada semester ini. Sambil otak berfikir diselangi pula dengan tatapan novel “Derap-derap Tasbih”nukilah Hadi S. Khuli.

Sudah beberapa tahun minat membaca novel dan buku-buku agama telah hilang. Tapi Alhamdulillah kini telah datang kembali. Datang dengan memberi harapan baru kepada diri ini dalam memperlengkapkan diri dengan ilmu dan amal seterusnya mengukuhkan iman yang ada. Memang lumrah kita sebagai orang muda berasa leceh dengan kehidupan seperti ini. asyik-asyik membaca buku sahaja sehingga lupa hiburan diluar. Tapi Alhamdulillah inilah hiburan baru buat saya. Hiburan yang melazatkan yang hanya dapat dirasai oleh insane pilihan Allah. Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada kawan yang banyak menjadi contoh tauladan kepada saya dalam mengislahkan diri ini. inilah kawan dunia akhirat. Kawan dikala susah dikala senang bersama perjuangan yang panjang ini di Kota London(UPSI) yang tercinta.

Novel “ Derap-derap Tasbih” menceritakan kisah percintaan di university. Biasalah percintaan di university. Kononnya akan sampai ke jinjang pelamin. Segala perjalanan cinta yang diungkapkan di dalam buku ini bagaikan kisah sebenar yang pernah dialami oleh penulis(hehehe). Penulis disini maknanya bukan diri saya tapi diri penulis novel tersebut.
Jalan cerita memang indah dan banyak memberi pengajaran.

Bila terasa perit menyengat mata saya berehat sebentar selepas itu menyambung bacaan dengan buku “Minda Muslim Super” karangan Dr Danial Zainal Abidin. Ulasan bukunya yang agak keterhadapan dan kontemporari lebih menarik minat pembaca semacam saya kerana kita sekarang memang terdedah dengan perkembangan Sains dan Teknologi. Begitu kagum diri saya dengan penulis buku. Hebat orangnya. Bukan calang-calang orang. Asalnya seorang Doktor perubatan tetapi sekarang giat menulis buku-buku agama. Sememangnya orang seperti ini memang diperlukan dalam perjuangan Islam.

Jadi saya berbesar hati ingin mengajak sahabt-sahabat sekalian supaya kita jadikan tabiat membaca sebagai amalan kita. Memang ortodoks bunyinya apabila saya menyeru supaya kita semua minat membaca sebab memang dah selalu kita dengar seruan ini. tapi itulah manusia. Mudah lupa dan tak reti bahasa. Benda yang selalu didengar tapi jarang sekali hendak diendahkan. Perangai mengalahkan haiwan ternakan.
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP