Sunday, July 19, 2009

Pergerakan anak-anak muda mahasiswa ISLAM

“Kita kena merancang”.. kenapa persoalan ini sering bermain-main di kepala saya beberapa hari ini. Perancangan.. taktikal.. pergerakan.. keberanian.. gerakkerja.. perkataan ini begitu digeruni sesetengah pihak.

Ada yang mengatakan sesetengah pelajar yang suka menyebut perkataan yang saya warnakan di atas dia merupakan pelajar yang ekstrim. Memang perkataan-perkataan tersebut begitu sinonim dengan pergerakan-pergerakan yang “underground”. Tapi adakah semua pergerakan-pergerakan “underground ini salah?

Cuba kita lihat pergerakan Ikhwan Muslimin. Pergerakan mereka dengan penuh berhati-hati dan berjaga tetapi perjuangan yang mereka bawa adalah tidak salah dan dituntut oleh Islam. Siapa yang mengatakan mereka salah? Mengapa sesetengah pihak di Mesir begitu gerun dengan pergerakan Ikhwan Muslimin terutamanya pihak kerajaan Mesir sendiri.
Berapa ramai pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin ditangkap dan disiksa di penjara bawah tanah sampai mati. Tetapi adakah salah perjuangan mereka? Perjuangan ingin menegakkan syiar Islam?

Dikalangan Mahasiswa sendiri Gamis begitu popular sebagai wadah perjuangan pelajar-pelajar Islamik kampus. Memang dahulunya Gamis bergerak secara senyap-senyap tetapi setelah mereka jelas dengan halatuju mereka iaitu sekarang Gamis telah didaftarkan sebagai NGO. Begitu banyak sumbangan Gamis kepada Mahasiswa yang merupakan sebuah persatuan anak muda yang lantang bersuara dan menegakkan kebenaran.

Ada sesetengah pihak yang bacul menuduh Gamis sebagai proksi Yahudi. Tapi saya cukup hairan mengapa Gamis yang kononnya proksi yahudi begitu lantang membawa agenda Islam. Saya mempunyai beberapa kenalan dalam Gamis yang terlibat secara langsung dalam Gamis. Ada kenalan-kenalan ini adalah kawan-kawan saya semasa bersekolah dahulu. Mereka adalah pemimpin-pemimpin pelajar disekolah dan cukup dikenali sebagai pelajar yang berdisiplin dan mempunyai kefahaman agama yang tinggi.

Boleh dikatakan di setiap kampus Gamis mempunyai ahlinya yang tersendiri dan ahlinya cukup setia, cekal, berani, lantang membawa kerja-kerja Islam. Saya berharap Gamis semakin berkembang dan diterima oleh semua pelajar-pelajar.

Nak membawa suara Islam bukan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun terpaksa buat kerja Islam dengan taktikal dan berhati-hati. Apatah lagi kita sekarang dalam suasana orang munafik dan musuh Islam yang semakin ramai. Ayuh mahasiswa… teruskan niat suci murni mu. Kerja dan terus kerja. Jangan fakir penat dan lelah. Di syurga kita nantikan kepulangannya…Salam Perjuangan dari saya…

Boleh berkenalan dengan Gamis disini..
www.gamisdaily.com

blog presiden gamis:
www.dzulkhairi.blogspot.com


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"


"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP