budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Tuesday, June 23, 2009

Jangan jadikan MSK sebagai tempat kepentingan individu

Ikatan Mahasiswa Anak Kelantan hari ini menegaskan ingin menyokong pendirian Pro Kebajikan agar tidak menjadikan medan Minggu Suai Kenal(MSK) sebagai medan untuk berkempen. Kenyataan ringkas Pro Kebajikan sepertimana mana yang dilaporkan di blog UPSIKINI menyeru kepada semua yang terlibat dalam MSK membetulkan niat dan mengisi ruang MSK untuk memberi kesedaran kepada pelajar baru bahawa mereka bakal bergelar guru satu hari nanti.

Seharusnya peluang yang ada selama seminggu digunakan sebaik mungkin untuk mentarbiyahkan diri-diri pelajar baru agar menjadi seorang guru yang berakhlak. Niat untuk berkempen tidak sepatutnya ada di dalam diri individu-individu tertentu demi mencapai kemenangan untuk kumpulan mereka di dalam Pilihanraya Kampus untuk semester hadapan. Kami warga anak-anak Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya niat songsang sesetengah individu yang berkepentingan diri di dalam MSK pada kali ini.

Diharapkan saudara Hairie selaku YDP MPP memantau perkara ini agar tidak merosakkan minggu suai kenal pada kali ini sekaligus merenggangkan lagi hubungan persaudaraan antara team Kebajikan dan juga Kualiti. Kami juga mengharapkan MSK pada kali ini akan membawa kesepaduan antara fikrah-fikrah MPP yang terdiri daripada fikrah Islamik dan non-Islamik.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP