budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Saturday, June 20, 2009

Halang segala program maksiat di UPSI

Singgah sebentar di UPSIKINI dan UPSIINSIDER. Saja ingin mengetahui maklumat terbaru tentang politik anak-anak kampus. Walapun itu bukanlah web rasmi UPSI tetapi banyak mendedahkan cerita-cerita yang tidak mungkin kita dapat dengar melalui media rasmi UPSI. berita-berita panas selalu didedahkan disini. Tahniah atas keberanian kedua-dua bloggers tersebut. Semoga kerja anda mendapat pertolongan Allah tetapi bukannya pertolongan Syaitan.

Di ruangan chatbox di web UPSIKINI ramai menyeru agar program yang berbentuk sosial dikurangkan dalam Minggu Suai Kenal pada kali ini sesuai dengan kita dididik untuk menjadi seorang guru yang berakhlak. Saya memerhatikan setiap kritikan dan ayat-ayat panas yang telah diluahkan di ruangan chatbox. Nasihat saya kepada orang yang suka mengkritik MSK pada kali ini supaya jangan hanya tahu mengkritik dan mengkritik kerana untuk menjalankan MSK bukanlah satu kerja yang mudah.

Tetapi sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan juga badan yang bertanggungjawab mengendalikan MSK pada kali ini saya nasihatkan agar segala program yang diatur tidak bercanggah dengan adab orang melayu dan juga akhlak Islamiyyah. Saya cukup terkesan hati melihat gelagat sesetengah pelajar-pelajar UPSI yang tidak berakhlak dengan akhlak sebagai seorang guru dan juga seorang Islam. Pergaulan bebas, dedah, hedonism melanda pelajar-pelajar UPSI kerana kurangnya didikan agama dalam kehidupan mereka. Ditambah lagi ketiadaan subjek Pendidikan Islam dalam sukatan pelajaran di UPSI memburukkan lagi keadaan ini. Manifesto yang dibawa oleh Saudara Arif masih dipandang ringan oleh UPSI sendiri. Segeralah bertindak demi keunggulan UPSI wahai sang kerajaan UPSI.

Jadi sebagai minggu pelajar-pelajar menjejakkan kaki di UPSI, YDP MPP sepatutnya merangka satu aktiviti yang dapat mentarbiyahkan diri mereka agar berakhlak dengan akhlak yang baik. Ini satu kerja dakwah yang begitu penting jadi wadah MSK boleh digunakan untuk menjayakan kerja ini.

Allah Taala berfirman:
“katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan(kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada siapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang engkau mahu. Di tangan Mu(wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam. Engkau menerbitkan suatu yang hidup daripada suatu yang mati/kaku, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu.”

Dengan tegasnya Allah Taala mengkhabarkan kepada kita bahawa segala kekuasaan yang ada di tangan seseorang adalah pemberian dan anugerah dariNya. Sesungguhnya segala kerja, amalan, perancangan dan aktiviti yang dijalankan akan disoal oleh Allah Taala. Menjauhi azab buruk di akhirat adalah lebih baik daripada menjadi sang buta pekak tuli hanya mengikut kata hati dan nafsu.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP