budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Thursday, June 11, 2009

Mahasiswa harus "hidup"

Salam perpaduan buat semua..

Alhamdulillah pada malam ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog ini sesudah beberapa hari kosong tanpa pengisian yang baru.

Syukur kehadrat Ilahi kerana keputusan peperiksaan semester telah keluar dan saya menjangkakan ada kejutan untuk keputusan semester ini. Alhamdulillah keputusan sem ini nampaknya lebih baik daripada sem lepas.

Sekitar minggu ini begitu banyak isu yang berlaku di Negara kita. Dengan isu-isu ini kita sebagai mahasiswa yang unggul dan progresif mesti ambil cakna dan responsive. Selayaknya kita yang bergelar mahasiswa tidak menjadi tunggul kayu hanya tahu belajar dan menelaah buku sahaja malah kita mesti terjun ke dalam masyarakat untuk mengetahui apa keperluan masyarakat terhadap kita. Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia lebih-labih lagi sebagai seorang guru menuntut kita agar lebih dekat dengan masyarakat dan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat.
Yang terbaru dan baru sahaja hangat ialah Muktamar PAS yang baru sahaja berlangsung di Shah Alam. Penulis tidak berniat untuk mengheret saudara/I sekalian masuk ke kancah politik tapi penulis ingin mengajak saudara/I sekalian ambil tahu serba sedikit mengenai politik tanah air kerana politiklah yang akan mewarnai tanah air Negara kita. Segala keputusan-keputusan, dasar-dasar, idea-idea baru akan diputuskan oleh orang-orang politik apabila mereka memegang tampuk pemerintahan.

Masyarakat dan politik tidak boleh dipisahkan. Begitu janggal kalau ada yang mengatakan “kamu nie asyik berpolitik jer”.. itu adalah satu kenyataan yang sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang mahasiswa kerana politik akan member kita kefahaman mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat.

Kalau kita di kampus kita akan terdedah dengan politik kampus. Bagi penulis politik kampus juga tidak kurang pentingnya bagi mewarnai komuniti kampus yang begitu berwarna warni dan berbagai-bagai. Kebetulan semester hadapan kita akan menghadapi pilihanraya kampus penulis menyeru agar mahasiswa/I sekalian supaya responsive terhadap isu-isu dan blog-blog yang mewarnai politik kampus di UPSI dan pilihlah wakil-wakil anda yang layak untuk membawa suara anda.

Meskipun begitu masih awal lagi untuk kita bercakap mengenai politik kampus. Dengan tempoh cuti yang masih berbaki lagi penulis inigin menyeru kepada semua agar menjadikan membaca sebagai satu hobi yang sangat dicintai. Sesuai dengan seruan YDP MPP Universiti Malaya iaitu Saudara Ridhuan di dalam rancangan Suara Siswa yang berlangsung di TV1 baru-baru ini beliau menuntut agar budaya ilmu menjadi agenda utama mahasiswa. Dengan ilmu kita akan dapat mengenali siapa kita dan dimana kedudukan kita. Dengan ilmu juga dapat melahirkan mahasiswa minda kelas pertama dan kita akan bijak dalam menghadapi sesuatu masalah. Ilmu itu bukanlah terbatas dalam ilmu pengkhususan yang kita ambil di universiti sahaja tetapi merangkumi semua bidang ilmu seperti ilmu kemasyarakatan, politik dan sebagainya..

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP