budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Monday, July 13, 2009

Saat mendebarkan...

Saat mendebarkan dan yang ditunggu-tunggu makin tiba. Setiap detik dan setiap saat hati ini berdoa agar mendapat kejayaan ini. Kejayaan ini begitu penting demi perjuangan Islam di Malaysia.

Berbagai-bagai adegan terpaksa dihadapi demi mendapatkan kemenangan dalam perjuangan ini. Manek Urai tempat yang sungguh bertuah kerana pilihanraya kecil ini.

insyaAllah keputusan pilihanraya Manek Urai kita akan tahu malam ini bakal memberi satu keputusan yang mengejutkan dan memberangsangkan bagi perjuangan Islam. AMIN….

Sama-sama kita doakan..

Sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat semasa Manek Urai boleh link diblog ini.

www.perisik-rakyat.blogspot.com


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN HAK MILIK KITA"

Read more...

Sunday, July 12, 2009

Perjuangan Mahasiswa....

Melihat kepada perkembangan sekarang mahasiswa semakin cerdik dan bijak dalam menetukan hala tuju fikrah mereka. Dengan perkembanga dunia internet sekarang ramai mahasiswa semakin terdedah dengan satu perkataan keramat yang sering dikaitkan dengan ekstrimisme. Apakah perkataan yang dikatakan keramat itu?

Perkataan yang saya maksudkan ialah “Perjuangan”. Sesetengah daripada kita hari ini bila disebutkan perkataan ini maka kita akan memikirkan tentang kejadian-kejadian yang kejam seperti kejadian 16 sept., pergerakan kumpulan Taliban, pergerakan Hamas, gerakan PAS dan seumpamanya. Betapa minda kita sudah “dibasuh” teruk oleh Yahudi malah kadang-kadang pemikiran kita dan tindakan kita sendiri mengalahkan yahudi.

Tetapi “yahudi-yahudi melayu” inilah kadang-kadang menuduh orang lain sebagai yahudi dan proksi yahudi. Yahudi melayu sudah lupa asal usul barangkali.

Baik.. berbalik kepada perjuangan tadi kalau mengikut takrif perjuangan ialah perihal umat Islam mempertahankan agamanya dan mengatasi pihak-pihak tertentu yang menetangnya. Takrif ini saya nyatakan dalam konteks perjuangan Islam. Kalau ingin mengetahui lebih lanjut penghuraian anda boleh merujuk ilmuan agama. Saya hanya menghuraikan berdasarkan peringkat ilmu saya sesuai saya yang masih berada di semester 6 di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Apabila disebut soal perjuangan sudah semestinya ada suatu penetangan di situ. Tidak kiralah penentangan berbentuk idea taupun tindakan. Semuanya mengambarkan perjuangan.

Sebenarnya perjuangan Mahasiswa begitu banyak jasanya kepada Negara. Kita lihat begitu ramai pemimin yang kritikal dan bijak buah fikirannya yang lahir daripada perjuangan mahasiswa. Saya ambil contoh ialah Saudara Dzulkhairi iaitu Presiden GAMIS yang juga merupakan orang muda dan juga Mahasiswa. Pemikiran yang dibawa oleh saudara Dzulkhairi memang cukup kritikal dan lain daripada yang lain. Saya begitu mengaguminya atas 2 perkara. Pertama keberaniannya dan yang kedua atas pemikirannya.

Sememangnya perjuangannya di dalam GAMIS bersama kawan-kawan yang setia dengan perjuangan GAMIS menuntut pengorbanan yang besar. Saya sudah beberapa kali bertemu dengan beliau dan pernah sekali bersembang dengan beliau mengenai perjuangan mahasiswa.

Ternyata buah fikiran beliau dalam setiap isu begitu bernas dan kadang-kadang idea atau kesimpulan yang beliau lontarkan kepada kita “diluar kotak”. Saya begitu teringin untuk mempunyai pemikiran yang seperti beliau. Tatapi sudah semestinya memerlukan pengorbanan dalam menuntut ilmu.

Saya sudah membaca bukunya yang terbaru iaitu “Buku 50 Kata-kata Tokoh Berpengaruh”. Beliau menceritakan kepada kita semua di dalam buku tersebut beliau boleh membaca buku rujukan yang setebal 700 muka surat dalam masa 4 hari.
MasyaAllah… kalau nak dibandingkan dengan diri saya ternyata amat jauh sekali. Tapi apa pun kita mesti usaha sekadar termampu dalam menuntut ilmu ini. Banyakkan membaca buku-buku mengenai perjuangan supaya diri kita sentiasa berada dalam landasan dakwah yang betul bukannya dakwah dalam konteks yang sempit dan salah. Apa maksud saya dakwah dalam konteks yang sempit dan salah? Sebagai contoh yang kononnya seseorang itu melakukan dakwah Islam pada masa yang sama juga menganjurkan pesta-pesta maksiat dan juga program-program maksiat.

Mahasiswa.. Perjuangan.. 2 perkataan yang akan disinonimkan oleh masa dan persekitaran. insyaAllah..

( Saudara Dzulkhairi boleh dihubungi di www.dzulkhairi.blogspot.com)

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN AKAN MENGUASAI"

Read more...

Saturday, July 11, 2009

Ko Spin... Pihak tertentu kecut perut...


Amat pelik kenapa sesetengah puak-puak di UPSI sendiri begitu anti dengan Ko Spin yang dianjurkan oleh GAMIS. Ko Spin yang diadakan di Auditorium Muzium Shah Alam pada 11 Julai mempunyai objektifnya tersendiri.



Saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi bersama-sama dengan anda semua apakah objektif Ko Spin yang dianjurkan oleh GAMIS. Sebelum saya meneruskan penulisan saya izinkan saya mempertikaikan sesetangah kenyataan “kanak-kanak bacul” UPSI yang mengatakan GAMIS adalah pertubuhan haram. GAMIS sebenarnya sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah NGO bukannya sebuah kumpulan yang bergerak secara haram.



Ada sesetengah mengatakan GAMIS terlibat dengan pembangkang. Tetapi tidak dinyatakan secara jelas oleh si penuduh. Memang si penuduh jenis cacat otak menuduh bernafsukan syaitan sahaja. Tuduhan yang lebih teruk ialah pihak-pihak hingusan di USPI mengatakan GAMIS adalah agen yahudi dan amerika. Tapi kenapa kononnya GAMIS ini ejen yahudi tetapi banyak membawa mesej Islam? GAMIS dah berjaya mengislamkan yahudi ke? Wah.. Tahniah GAMIS kelau betul ini kejayaan anda.



Saya suka untuk bekongsi satu antara objektif Ko spin iaitu seperti yang tertera di bawah:



“Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.”



Apa yang disebutkan di dalam objektif ini satu ayat yang jelas lagi bersuluh mengenai kedudukan Pendidikan Islam di Negara kita. Saya berani mengatakan kedudukan dan kepedulian pihak kerajaan terhadap pendidikan Islam berada di tahap yang lemah.



Pendidikan Islam tidak diberikan penekanan di sekolah. Ibaratkan pendidikan Islam suatu subjek yang tidak penting seperti objek sampingan sahaja. Dapat kita lihat remaja pada hari ini tidak lagi berakhlak seperti manusia. Gejala sosial makin banyak berlaku. Bukan sahaja kes-kes yang berlaku di luar sana malah turut melanda pelajar-pelajar universiti sendiri saya ambil contoh pelajar UPSI.



Banyak agenda-agenda Islam tidak dapat dicapai kerana di alam persekolahan kepedulian kita terhadap pendidikan Islam tidak kritikal seperti subjek lain.



Jadi saya menasihatkan kepada semua orang agar dapat melihat kongres ini dalam skop yang lebih luas. Walaupun tarikhnya sudah lepas diharap pihak UPSI memberi kebenaran kepada Majlis Perwakilan Pelajar untuk menyertainya di masa akan datang. Program maksiat seperti GEGAR U kita boleh benarkan jadi mengapa program keilmuan mengenai isu pendidikan kita lah yang menjadi penghalang utama.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Thursday, July 9, 2009

PPSMI yang kalut

Alhamdulillah akhirnya isu PPSMI akhirnya selesai. PPSMI merupakan satu lontaran idea dan juga dasar baru yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir. Tun memang banyak membawa jasa kepada Malaysia. Jadi tidak hairanlah kalau die digelar “Bapak Segala Pembangunan”. Daripada Negara kita yang bergantung kepada sumber pertanian kepada Negara industry. Lihatlah betapa hebat iden pembangunan Tun Mahathir.

Tapi dalam kehebatannya jangan disangka hebat dalam segenap segi. Mesti ada kekurangannya. Mana mungkin manusia sempurna. Dalam sempurna itu ada juga “bangangnya”. Maka tercetuslah oleh Tun Mahathir iden PPSMI. Idea yang pada mulanya mendapat bangkangan oleh orang-orang politik daripada Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia pada ketika itu masih buta untuk menilai dasar ini. maka tiada penentangan yang serius oleh rakyat Malaysia.

Tetapi selepas beberapa tahun dasar ini dijalankan. Keberkesanan dasar ini semakin diragui. Pejuang-pejuang bahasa yang dulunya diam seribu bahasa bangun dengan langtang menentang dasar yang tidak masuk akal ini. banyak wacana-wacana ilmu dianjurkan bagi membincangkan dasar ini dari sudut pro dan kontranya. Wacana-wacana semacam ini semakin mendedahkan ketempangan dasar Tum Mahathir ini. kemuncak penentangan rakyat apabila himpunan 100 ribu rakyat datang berdemostrasi di Kuala Lumpur dibawah simbahan air acid dan kepulan gas pemedih mata.

Dengan himpunan rakyat yang menunjukkan kesunguhan membenci dasar ini kerajaan mula celik dengan kemahuan rakyat dan kesedaran kerajaan mengenai kegagalan dasar ini akhirnya sampai. Serta merta Tun Pak Lah mengeluarkan kenyataan akan kaji balik dasar ini. itu lah hebatnya kuasa rakyat mendesak kerajaan melalui demostrasi.
Kini keputusan yang sememangnya dijangkakan oleh aku sendiri iaitu kerajaan akan menarik balik dasar ini. akhirnya kerajaan menarik balik dasr ini secara beransur-ansur selama 3 tahun. Keadaan kembali kepada asal dulu. Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia. Manakala sekolah tamil dan cina menggunakan bahasa ibunda masing-masing.


Seperti yang dijangka juga Tun Mahathir tidak senang dengan tindakan kerajaan menarik balik dasar ini. Dasar orang tua nyanyuk. Tak habis-habis nak menyusahkan orang.

sumber: maahadian almuallim



"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Tuesday, July 7, 2009

Bila nafsu serakah dipertuhankan..

Biar gambar menceritakan segalanya kekejaman dan kerakusan nafsu manusia yang durjana. Manusia yang meletakkan sesuatu hukum itu sebagai ringan lantas menjebabkan dirinya ke lembah kebinasaan. Mungkin ini bermula daripada sekecil-kecil maksiat kepada sejahat-jahat perbuatan mengugurkan bayi ataupun membunuh bayi tersebut.

Memang haram jadah dan menyayatkan hati. Semua gambar ini saya dapat daripada sebuah blog pelajar UPSI sendiri iaitu suararevolusi. Saya percaya semua gambar-gambar ini adalah dari kes-kes yang berlaku di Malaysia sendiri yang dah mengisytiharkan negara ii sebagai negara Islam(betoi ka negara nie negara Islam)..

Siapa yang harus dipersalahkan? Maha berat tugas kita sebagai guru dalam menghadapi perkara ini. Tapi kenapa kita masih merasakan profesion ini ringan dan bersahaja. "Tepuk Dada Tanya Iman"



















































































































































































































Read more...

Monday, July 6, 2009

Tabiat yang dibuang= buang tabiat...

Alhamdulillah saya dapat manfaatkan masa dengan sepenuhnya pada hari ini. Hari ini jadual kuliah memang lengang. Sesi kuliah hanya ada pada sebelah petang dan malam sahaja.
Sepanjang hari saya asyk memikirkan strategi-starategi dan perincian-perincian untuk program yang akan dijalankan pada semester ini. Sambil otak berfikir diselangi pula dengan tatapan novel “Derap-derap Tasbih”nukilah Hadi S. Khuli.

Sudah beberapa tahun minat membaca novel dan buku-buku agama telah hilang. Tapi Alhamdulillah kini telah datang kembali. Datang dengan memberi harapan baru kepada diri ini dalam memperlengkapkan diri dengan ilmu dan amal seterusnya mengukuhkan iman yang ada. Memang lumrah kita sebagai orang muda berasa leceh dengan kehidupan seperti ini. asyik-asyik membaca buku sahaja sehingga lupa hiburan diluar. Tapi Alhamdulillah inilah hiburan baru buat saya. Hiburan yang melazatkan yang hanya dapat dirasai oleh insane pilihan Allah. Apapun saya mengucapkan terima kasih kepada kawan yang banyak menjadi contoh tauladan kepada saya dalam mengislahkan diri ini. inilah kawan dunia akhirat. Kawan dikala susah dikala senang bersama perjuangan yang panjang ini di Kota London(UPSI) yang tercinta.

Novel “ Derap-derap Tasbih” menceritakan kisah percintaan di university. Biasalah percintaan di university. Kononnya akan sampai ke jinjang pelamin. Segala perjalanan cinta yang diungkapkan di dalam buku ini bagaikan kisah sebenar yang pernah dialami oleh penulis(hehehe). Penulis disini maknanya bukan diri saya tapi diri penulis novel tersebut.
Jalan cerita memang indah dan banyak memberi pengajaran.

Bila terasa perit menyengat mata saya berehat sebentar selepas itu menyambung bacaan dengan buku “Minda Muslim Super” karangan Dr Danial Zainal Abidin. Ulasan bukunya yang agak keterhadapan dan kontemporari lebih menarik minat pembaca semacam saya kerana kita sekarang memang terdedah dengan perkembangan Sains dan Teknologi. Begitu kagum diri saya dengan penulis buku. Hebat orangnya. Bukan calang-calang orang. Asalnya seorang Doktor perubatan tetapi sekarang giat menulis buku-buku agama. Sememangnya orang seperti ini memang diperlukan dalam perjuangan Islam.

Jadi saya berbesar hati ingin mengajak sahabt-sahabat sekalian supaya kita jadikan tabiat membaca sebagai amalan kita. Memang ortodoks bunyinya apabila saya menyeru supaya kita semua minat membaca sebab memang dah selalu kita dengar seruan ini. tapi itulah manusia. Mudah lupa dan tak reti bahasa. Benda yang selalu didengar tapi jarang sekali hendak diendahkan. Perangai mengalahkan haiwan ternakan.
"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Sunday, July 5, 2009

Masuk Islam Tak Boleh Keluar, Macam Kongsi gelap??

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Kerap kali saya mendengar, membaca dan melihat tulisan yang mengelirukan berkenaan hukuman murtad. Saya pernah menulis sebuah artikel berkenaannya di web ini, namun mungkin akibat artikel itu bersifat ilmiah, dipenuhi dalil dan istilah-istilah arab, menyebabkan kurang ramai yang berminat atau mampu untuk memahaminya. Khususnya di kalangan pembaca awam atau layman.

Sekarang, timbul lagi persoalan seperti berikut :-

"Adakah Islam ini seperti MAFIA dan ahli kongsi gelap yang mana sekali orang telah memasukinya, ia tidak boleh keluar sama sekali. Hanya boleh keluar dalam keadaan mati ?"

Mereka berkata lagi:

" One would not realise the truth till one has dwell deeply into it and could not escape alive! As joining a mafia or Islam?"

Sudah tentu ada yang berkata demikian dengan niat jahat dan prejudis, namun tidak dinafikan ada juga yang termakan dengan persoalan itu lalu ingin mencari jawapan secara ikhlas atau sincere.

Mereka memerlukan jawapan logik ringkas serta mudah, tanpa istilah arab, nama kitab dan dalil panjang lebar. Mungkin terdapat sebahagian ulama yang telah menulis berkenaannya dengan logic, ringkas lagi mudah, namun tidak sampai ke pengetahuan kita. Jika ada sekalipun, teknik menjawab perlu dikemaskini dan diupdate sesuai dengan minda dan aqal manusia di zaman ini.

Jadi, bagaimana jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada mereka? Menerusi tulisan ini, saya cuba untuk menyediakan sedikit panduan jawapan. Namun amat dialukan buah fikiran para ilmuan Syariah yang lain untuk menokok tambah bagi melahirkan sebuah respon terbaik buat yang bertanya. Semoga nanti, semua ilmuan yang belum berfikir mendalam tentangnya dapat memanfaatkan panduan jawapan kita ini.

POKOK PERSOALAN

Pertamanya, tentu umat Islam tidak bersetuju sama sekali untuk disamakan Islam dengan kumpulan MAFIA, sebuah kumpulan penjenayah dan kongsi gelap, malah seluruh pergerakannya juga dipenuhi rahsia. Maklumat berkaitan Islam tidak sama sekali rahsia. Justeru, perbandingan itu amat tidak adil, bersifat penghinaan dan amat tidak tepat kerana Islam bukan sebuah kumpulan penjahat dan pembunuh seperti kedua-dua kumpulan itu. Islam adalah sebuah agama yang suci, amat menyeru kepada kebaikan dan kemakmuran berteraskan panduan Pencipta alam semesta. Namun itu bukanlah yang ingin dibaca oleh yang bertanya dan bukan pula isu yang ingin saya ulaskan di sini, mungkin lain kali.

Keduanya, isu utama dalam pertanyaan atau pertikaian pada hemat saya ada dua iaitu :



Masuk Islam dan tidak boleh keluar



Nak faham sesuatu serta merasai kebenarannya dengan perinci, perlu masuk atau sertai dahulu, hanya selepas itu baru boleh mendapat keputusan, sama ada ia benar atau tidak. Tapi dalam hal Islam, tiada ruang itu kerana sekali masuk, tidak boleh keluar sama sekali, kecuali MATI.


NAK KAJI ISLAM KENA MASUK DULUKAH?

Saya ingin bertanya kembali terlebih dahulu, adakah kebenaran dan perincian berkenaan Islam sememangnya tidak boleh dikaji KECUALI setelah masuk Islam?

Jawapan ringkas saya : TIDAK !

Sesuatu kebenaran sebenarnya, khususnya kebenaran Islam masih boleh dikaji daripada luar dan dalamnya tanpa perlu menyertainya terlebih dahulu. Apa yang perlu adalah kajian berdisplin, keinginan mengkaji dan keikhlasan mendapatkan kebenaran.

Apa yang perlu dan mesti dikaji adalah fakta-fakta Islam yang sohih dan bukan melihat gelagat penganutnya serta menganggapnya sebagai sebahagian dari Islam. Kelemahan penganut tidak boleh sama sekali dibebankan ke atas sistem dan ajaran Islam.

Semua maklumat berkenaan Islam boleh didapati dengan mudah dari dua sumber asal Islam iaitu al-Quran dan Al-Hadis, jika sekiarnya terdapat kekeliruan untuk bermula dari mana, itu adalah masalah metodolgi si pengkaji dan bukan sesuatu yang timbul dari Islam.

Lihat sahaja berapa ramai professor dan sarjana barat yang mengkaji Islam, malah berkemungkinan jauh lebih hebat ilmu Islam berbanding umat Islam, seperti Prof. John L. Esposito dengan bukunya bertajuk "Islam, The Straight Path", Karen Armstrong dengan bukunya "Islam, a Short History", dan ‘Muhammad: Prophet for Our Time (Eminent Lives) dan ‘Muhammad: A Biography of the Prophet' dan ramai lagi penulis dan pengkaji termasuk sebahagiannya telah memeluk Islam seperti Dr. Gary Miller dan lain-lain.

Cuma adalah kurang tepat mengkaji Islam dari hasil penulisan sarjana bukan Islam semata-mata. Rujuklah buku dan rujukan yang ditulis oleh para sarjana Islam juga, kebanyakannya telah diterjemah ke bahasa Inggeris atau Melayu, Kesimpulannya, bagi orang bukan Islam, intipati dan kebenaran ajaran Islam amat boleh dikaji dari luar. Tiada benar alasan perlu untuk masuk terlebih dahulu.

Malah, jika inginkan lebih feel dalam setiap kajian khususnya melibatkan hal ehwal ibadah seperti ingin mengkaji serta melihat cara solat yang sebenar, selain dipelajari dari buku, pengkaji juga boleh melihat sendiri bagaimana tatacara dan displin solat masjid atau surau. Namun jangan pelik jika mendapati perbezaan fakta buku dengan amalan harian umat Islam, kerana terlalu amat ramai orang Islam yang dilahirkan sebagai Islam tanpa ilmu, menyebabkan ibadah mereka turut dikerjakan tanpa ilmu yang tepat. Mereka ini kerap menjadi penghalang kepada kesucian dan kebenaran Islam. Moga dijauhi Allah SWT.

Jika ingin mengkaji ibadah puasa, si pengkaji boleh cuba menahan diri dari lapar dan dahaga serta mengawal mulut dan mata dari sebarang kejahatan. Untuk mengkaji berkenaan ibadah Haji, tontonlah rancangan dokumentari lengkap National Geographic. Namun, kegagalan untuk pergi merasai sendiri ibadah haji bukanlah satu alasan masih belum dapat menyelami kebenaran Islam kerana ibadah Haji hanyalah satu kewajiban ke atas mereka yang berkemampuan. Ini bermakna masih ramai orang Islam tidak mengerjakan haji kerana kurang mampu, dan mereka masih tetap terus Islam.

MASUK DAN TIDAK BOLEH KELUAR ?

Isu pokok kedua adalah seperti di atas. Adakah benar dan apa alasan jika ia benar?

Sekali lagi diingatkan, saya tidak akan menyatakan apa-apa rujukan, dalil dan pendapat sarjana Islam dalam tulisan ini bagi mengelakkan sebarang redundansi. Walaupun begitu, sebahagian isi tulisan ini adalah hasil kesimpulan para sarjana Islam juga, manakala sebahagian yang lain adalah isu khilaf di kalangan ulama.

Maka dengan itu, berikut adalah ulasan dan kesimpulan ringkas saya:-

Sebagai pendahuluan, ibaratkan anda sedang ingin membuat keputusan untuk menjalankan sebuah bisnes atau menetap di luar negara, anda sedang memilih beberapa buah negara yang sesuai. Anda sememangnya bebas untuk memilih, namun sejurus anda memilih dan telah menetap di sesebuah negara, anda TERPAKSA sama ada suka atau tidak untuk tunduk dan patuh kepada undang-undang di negara tersebut.

Itu asas pertama yang perlu difahami, jika keadaan seperti di atas dirasakan logik dan boleh diterima oleh minda dan aqal sihat, sepatutnya boleh juga menerima undang-undang Islam yang dikenakan ke atas penagnutnya, Islam ada undang-undangnya yang khusus buat mereka. Sebahagian dari undang-undang ini adalah MELARANG PENGANUTNYA UNTUK KELUAR MASUK Islam sewenang-wenangnya. Persoalan adakah mesti dibunuh jika keluar? baca selanjutnya tulisan ini untuk mengetahui.

Islam sememangnya tidak memaksa sesiapa untuk masuk ke dalamnya, ia perlu dibuat secara sukarela dan kefahaman sendiri. Namun sejurus ia telah masuk ke dalam Islam, semua kewajiban SELAKU UMAT ISLAM, MESTI dilakukan tanpa culas. Jika culas, sebahagiannya membawa dosa di antara si pelaku dosa dengan Allah swt, pembalasannya adalah di akhirat. Sebahagian jenis dosa yang melibatkan manusia lain seperti membunuh, merompak, menyeksa, berzina dan lain-lain, hukumannya ada diperuntukan di dunia juga, tetapi ia hanya akan dijalankan setelah proses penghakiman yang adil dijalankan.

Nah, sekarang apa pula ulasan untuk tidak boleh keluar dari Islam setelah masuk ? . Ini dia :-

1. Hal Agama Bukan Perkara Kecil

Larangan Islam untuk penganutnya keluar dari Islam memberikan indikasi kepada semua yang ingin menukar agamanya menganuti Islam bahawa sebarang keputusan di dalam bab agama bukanlah satu keputusan kecil seperti pembelian kereta dan rumah atau lain-lain barangan komoditi. Ia melibatkan satu hal yang amat penting.

Ini adalah nota awal yang ingin diberikan kepada mereka yang ingin menganut Islam, jika mesej ini difahami oleh orang bukan Islam, tatkala itu mesej dikira sudah sampai tetapi terdapat perinciannya dan ia bukan hanya satu fakta ringkas sebegitu sahaja.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang menganggap agama sebagai candu, permainan, barang murah seperti baju yang tidak perlukan fokus berlebihan semasa memilih, mereka dinasihatkan agar berfikir panjang sebelum memasuki Islam. Itulah satu jenis pembelajaran Islam kepada seluruh bakal penganutnya hatta sebelum mereka menjadi Islam. Dengan demikian, kuranglah para ‘penganut agama secara main-main' yang berani untuk keluar masuk ke dalam agama Islam. Semua orang mungkin boleh sesuka hati keluar dan masuk Kristian, Hindu, Budhha tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian dengan Islam. Dengan undang-undang ini, Islam lebih terjaga.



2. Sifat Islam Sebagai Agama Atas Asas Ilmu

Oleh kerana Islam adalah sebuah cara hidup atau agama yang amat mementingkan ilmu. Islam mengarahkan semua individu yang ingin mendekati atau menganuti Islam agar mendekatinya dengan ilmu dan kefahaman yang jitu, bukan dengan emosi dan kehendak semata-mata. Perlu dibezakan pemilihan agama dengan pemilihan sesuatu yang lain. Justeru keputusan memasukinya adalah beserta tanggngjawab kefahaman yang jitu tentang Islam itu sendiri.



3. Menjaga Kesucian Dari Digugat


Kewujudan undang-undang larangan keluar Islam (murtad) juga amat relevan jika dilihat dari sudut logik demi survival dan kesucian sebagai sebuah agama. Dengan itu ia akan mengelakkan perancangan licik man-mana gerakan musuh Islam, yang merancang untuk menganut Islam dan kemudiannya keluar beramai-ramai dengan niat mencemar imej Islam.

Sebagai contoh logik, lihat apa yang dilakukan oleh George Soros kepada matawang Malaysia, dia membeli matawang Malaysia sebanyak-banyaknya dan kemudian menjualnya sekaligus, menyebabkan nilai matawang Malaysia jatuh teruk serta tergugat. Benar, agama tidak seperti matawang tetapi sesebuah agama yang boleh keluar masuk dengan mudah, tanpa displin dan undang-undang adalah bukan sebuah agama yang bernilai.



4. Kaunseling Proses Penting

Bagi mereka yang benar-benar ingin keluar dari Islam bukan kerana dengki dan rancangan jahat terhadap Islam, mereka akan mendapat privilege untuk berbincang dengan ilmuan Islam yang berkelayakan, untuk benar-benar menyemak semula sebab-sebab yang mencetus keinginannya untuk keluar dari Islam. Ini adalah satu proses kaunseling yang dinamakan ‘istitab'. Tempohnya boleh mencecah 3 hari sehingga seumur hidup bergantung kepada keadaan dan keputusan pemerintah Islam dalam menilai seseuatu kes dan individu.

Namun tidak dinafikan berkemungkinan sewaktu tempoh kaunseling itu, individu itu telah pun keluar dari Islam, walaupun begitu tidak semestinya hukuman bunuh serta merta akan dilaksanakan, khususnya jika tiada sebarang kempen memburukan Islam. Sepanjang tempoh itu, kaunseling boleh terus berjalan. Usaha membawa dirinya untuk kembali yakin dengan Islam berterusan.



5. Keluar Islam Secara ‘Senyap' & ‘Bising'


Bagi yang tetap pendirian walau apa juga jenis kaunseling yang diberi, pemerintah Islam juga tidak akan mengambil tindakan ke atas mereka jika keluarnya mereka secara senyap sunyi tanpa kempen dan memperlecehkan Islam.

Hakikatnya di Malaysia sudah amat ramai yang keluar dari Islam dengan cara ini. Adakah mereka dihukum bunuh!? Tidak !, ini disebabkan tiadanya pelaksanaan hukum hudud di Malaysia dan malah jika ada sekalipun, dia tetap tidak dihukum kerana ia berlaku di luar pengetahuan pemerintah. Hukuman tatkala itu hanya akan bermula di alam kuburnya sehingga akhirat.

Tindakan hukuman (dalam sesebuah Negara yang melaksanakan hukum Islam) hanya akan pasti dilaksanakan berpunca dari tindakannya yang memperlecehkan dan memburukkan Islam, tindakan ini sama seperti menyerang dan mengkhianati Islam dan seluruh penganutnya, itulah erti keluar Islam dengan 'bising'.

Malah jika mengikut logik sekalipun, dalam sesebuah negara maju dan rakyat berpendidikan, sudah tentu semua kita dilarang untuk mengutuk sesama agama lain secara terang-terangan kerana ia tidak mendatangkan kecuali keburukan dan kebahayaan yang besar. Allah swt sendiri melarang mencerca sembahan-sembahan selain Allah yang dilakukan oleh penganut agama lain. (Rujuk Surah al-An'am : 108)

Pun begitu, tentunya setiap hari dan waktu, akan sentiasa ada musuh-musuh dan pembenci Islam yang mencerca Islam dan Allah swt Islam secara tertutup, di rumah -rumah mereka, di sekolah mereka atau di dalam kelompok mereka. Hal yang sama turut berlaku di dalam kelompok Islam, mereka mencerca agama lain secara tertutup.

Itu adalah perkara biasa yang tidak dapat dielakkan di dalam kehidupan manusiawi. Ia turut berlaku di zaman nabi s.a.w, orang munafiq amat kerap mengutuk Nabi dan Islam secara tertutup walaupun dipimpin oleh manusia yang sehebat nabi Muhammad s.a.w.

PENUTUP

Demikian sedikit ulasan yang mampu dan sempat saya berikan bagi sesiapa yang masih keliru berkenaan hal ini, KHSUSNYA di kalangan orang bukan Islam. Juga bagi mereka yang merasa Islam kurang toleran kerana boleh masuk dan tidak boleh keluar. Harapan saya ulasan ini akan dapat memberikan sedikit kejelasan. Para pembaca dialukan untuk memberikan lain-lain hujah minda, semoga ia dapat dimanfaatkan oleh saya, juga pembaca lain.

Bagi pembaca Islam yang lebih cenderung mencari dalil dan rujukan serta istilah arab. Jika anda terfikir adakah isi kandungan tulisan saya ini mempunyai sandaran dalil dan hujjah para ulama Islam. Saya jawab ringkas, YA. Cuma tidak saya nyatakan untuk memudahkan. Sebahagian hujah dan dalil sila baca artikel saya berikut dan satu lagi hasil penulisan penulis tamu ( Jawapan Kekeliruan Penentang Hukum Murtad )

Sekian

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIT SETIAP INSAN"

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP