budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Sunday, July 5, 2009

Himpunan mansuh ISA , 1 Ogos, sasar 200,000 orang

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Walaupun diberi masa hanya sepuluh minit oleh pihak polis bagi mengadakan sidang media, ia tidak menghalang Sekretariat Himpunan MANSUH untuk menyeru seluruh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat agar menyertai himpunan raksasa menuntut dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dijadualkan 1 Ogos akan datang.

Himpunan itu dijangka dapat menarik sehingga 200,000 orang untuk mendesak pihak kerajaan memansuhkan akta yang dikenali zalim dan tidak berperikemanusiaan itu.

Sidang media yang diadakan di hadapan kompleks membeli belah SOGO kelmarin disertai Pengerusi Sekretariat Himpunan MANSUH, Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan MANSUH, Kamaruzaman Mohamad yang juga Setiausaha Pemuda PAS Pusat serta Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sani Hamzan.

Sebelum sidang akhbar dimulakan, Kamaruzzaman menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai program mereka. Bagaimanapun, seorang pegawai polis menghampirinya dan meminta beliau jangan menggunakan pembesar suara tersebut.

"Hanya sepuluh minit sahaja," katanya kepada pegawai polis berkenaan. Namun pegawai polis tersebut tetap meminta beliau tidak menggunakan pembesar suara. Justeru beliau akur dengan arahan tersebut dan sidang media tetap diteruskan walaupun tanpa menggunakan pembesar suara.

Kelihatan kira-kira 30 orang anggota polis berpakaian seragam memantau keadaan di situ. Selain kehadiran jurugambar dan wartawan, sidang akhbar tersebut turut mendapat perhatian orang ramai yang berada di sekitar pusat membeli belah tersebut.

Dalam sidang media tersebut, Syed Ibrahim yang juga Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menegaskan 1 Ogos dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut sempena 49 tahun akta rimba tersebut digubal.

Jelas Syed Ibrahim, selain menggesa supaya ISA dimansuhkan, melalui himpunan tersebut satu mesej yang jelas akan disampai oleh rakyat menuntut kerajaan membebaskan semua tahanan ISA dan menutup Kem Tahanan Kamunting.

Beliau menegaskan undang-undang yang menahan individu tanpa bicara tidak sepatutnya wujud dalam sebuah negara demokrasi di Malaysia.

"Kerajaan telah menyatakan akan mengkaji semula ISA. Dato' Seri Najib Tun Razak juga sewaktu dilantik sebagai Perdana Menteri mengumumkan pembebasan beberapa orang tahanan. Namun masih berlaku penahanan terbaru pada 25 Jun lalu di mana tiga orang ditahan di bawah ISA dan ia turut disahkan oleh Ketua Polis Negara.

"Dan penahanan ini tidak diumumkan kepada media dan juga kepada rakyat. Inilah hakikat ISA iaitu 'Ikut Suka Aku'. Apabila mereka melihat ada kepentingan, mereka akan umumkan kepada rakyat mengenai pembebasan. Tetapi apabila berlaku penahanan, perkara ini tidak dihebahkan. Dan yang menjadi mangsa adalah tahanan yang tidak dapat membela diri mereka. Keluarga mereka juga menjadi mangsa kerana tidak dimaklumkan mengenai penahanan serta kesalahan yang dilakukan. Dan yang menjadi mangsa keseluruhannya ialah sistem demokrasi dan keadilan di negara ini," tegasnya.

Sementara itu, Mohd Sani bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat turut menggesa golongan muda agar turun memberi sokongan kepada perhimpunan tersebut agar akta 'jakun' dan tidak bertamadun itu dapat dimansuhkan.

Kamaruzzaman pula menyatakan, kehadiran semua lapisan masyarakat dalam perhimpunan tersebut juga bagi mendesak kerajaan menghapusakan semua akta yang jelas bertentangan dengan perlembagaan serta menyekat kebebasan rakyat Malaysia untuk bersuara.

Jelasnya, pihaknya mensasarkan perhimpunan tersebut mampu menarik 150,000 hingga 200,000 orang.

Sebaik sahaja sidang media tersebut berakhir, Sekretariat Himpunan MANSUH mengedarkan risalah mengenai himpunan tersebut kepada orang ramai di sekitar pusat membeli belah tersebut dan kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahaman dan Masjid India.

Difahamkan tiada sebarang gangguan daripada pihak polis serta sebarang kejadian yang tidak diingini sewaktu risalah tersebut diedarkan. _
Sumber: Harakahdaily

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Selamat menempuhi semester baru

Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama warga UPSI memulakan kuliah-kuliah mereka. Seawall jam 7.00 pagi sudah kelihatan beberapa pelajar bersedia untuk menaiki bas ke kampus.

Suasana yang ceria dan penuh bersemangat dapat dilihat pada setiap wajah. Mungkin azam baru, semangat baru menghiasi diri pada pagi ini. diharapkan momentum ini kekal dalam diri setiap individu di UPSI.

Kepada pelajar UPSI anda digalakkan untuk selalu berkunjung ke blog ini untuk mendapat maklumat-maklumat dan ilmu yang terdapat disini. insyaAllah akan selalu dikemaskini dengan berita-berita dan ilmu-ilmu yang berguna.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Wednesday, July 1, 2009

Malam bintang dibatalkan.. Alahai ruginya.

Berita terbaru daripada UPSIKINI begitu mengejutkan saya. Malam bintang dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Kebiasaannya malam bintanglah yang paling dinantikan oleh sesetengah pelajar-pelajar baru tidak jurang juga para fesi untuk berhibur pada malam itu.

Biasalah berhibur, tiada salahnya. Yang menjadi salah apabila hiburan itu diselangi dengan maksiat kepada Allah. Contohnya nyanyian daripada perempuan, lakonan berpegang tangan lelaki perempuan, teriak pekik penonton perempuan dan pergaulan bebas antara fesi dan juga antara pelajar. Tapi pengalaman saya selama berada di UPSI benda ini masih menjadi karat-karat yang melekat entah bila akan dihapuskan. Ermm… tak boleh komen lebih-lebih nanti ada pula yang menghentam dan memaki hamun saya. Tapi saya suka komen sesuatu perkara berdasarkan agama kerana saya begitu yakin dengan kesyumulan Islam. Tidak menyusahkan kita dan jangan kita yang menyusahkan diri kita sendiri. Islam itu agama yang mudah. Maka jangan susahkan

Jikalau benda-benda maksiat ini dapat dibendung dalam majlis hiburan anjuran UPSI makan UPSI lah satu-satunya boleh dijadikan ikon satu Malaysia panduan untuk berhibur.
Errmmm…. BTN pun dibatalkan jugak? Alahai kesiannya. Apa-apa pun tahniah kepada TNC HEP&A, Prof Dr. Saharudin Abd Aziz.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Tuesday, June 30, 2009

Mahasiswa UPSI yang tertindas kematangannya

Tersenyum keseorangan saya melihat gelagat adik-adik baru menari tarian poco-poco semalam. Sememangnya tarian ini antara tarian yang famous menjelang MSK (SMS) saban tahun. Boleh dikatakan setiap fesi tahu dan pakar untuk melakukan tarian ini.

Tidak kira jurusan ape, lelaki ataupun wanita kecil besar semua diwajibkan turun untuk berlatih tarian poco-poco. Sememangnya dikalangan ramai adik itu ada yang berasa ‘tension’ dengan tarian ini sebagaimana yang pernah saya rasa semasa MSK dulu. Jadi biarlah, biarlah dia merasa ‘tension’ jangan kita pula nak memaki hamun dengan ‘ketensionannya’ itu.

Apa tidaknya. Kita yang sudah berumur 20-an disuruh menari macam budak-budak. Keintelektualan mahasiswa kadang-kadang tergugat dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. tapi apa boleh buat. Kalau komen lebih-lebih nanti ada yang menghentam. Nanti ada yang kata kita jumud, beku, kaku, tunggul, berfikiran tertutup dan macam-macam lagi.

Bagi saya itu bukan persoalannya tetapi yang penting keintelektualan mahasiswa dimana letaknya. Kita datang ke UPSI sebagai mahasiswa dan bakal menjadi guru seharusnya pemikiran kritis dan kreatif kita digilap seawal Minggu Suai Kenal. Nak melahirkan pemikiran yang ‘super’ tidak cukup dengan menghadiri kuliah tetapi mesti dibangkitkan dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar minda dan aktiviti yang seumpama dengannya.

Saya masih ingat lagi semasa Minggu Suai Kenal, masa itu saya tinggal di KAB, saya dan kawan-kawan dipaksa berlatih pasukan sorak dan tarian poco-poco pada malam jumaat. Memang saya dan beberapa orang kawan rasa sungguh tercabar bila kami cuba mengigatkan fesi berkenaan hari yang mulia seharusnya kita adakan aktiviti yang meningkatkan rohani tetapi kami pula dimarahinya dan dikatakan cuba memboikot program. Saya dengan keberanian keintelektualan saya memboikot program pada malam itu apabila kami beramai-ramai lepak di tepi longkang tanpa menghiraukan aktiviti yang dijalankan.

Itulah yang silapnya. Keunggulan fikiran mahasiswa dan kematangan mahasiswa dicabar dengan aktiviti seperti ini. seolah-olah aktiviti hiburan yang tidak kena tempat menghalang perkembangan keintelektualan mahasiswa. Sekarang saya dapat lihat kawan-kawan saya yang ghairah berhibur pada hari tersebut ramai terjerumus ke kancah ‘kebebasan’ tanpa meghiraukan syariat. Betapa itu merugikan kita semua.

Tetapi untuk Minggu Suai Kenal pada kali ini seolah-olah tiada pembaharuan. Kita masih dengan cara yang sama dan perangai segelintir fesi yang sama. Oh UPSI ku…. Carilah angin perubahan demi keunggulan mahasiswa.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Monday, June 29, 2009

Sedikit Fakta berkaitan Cocacola


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :


1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke(gurau je jangan buat).


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.


8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!


10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.


Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!


Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.


Sumber:http://taniameow.blogspot.com/

Read more...

Friday, June 26, 2009

Fauzi Abdullah calon Manek Urai..

Alhamdulillah...

Semalam saya berkesempatan untuk meninjau sekitar pengumuman calon PAS untuk pilihanraya dun Manek Urai yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengumuman yang dilangsungkan di kawasan Peti Undi Manek Urai Lama menarik begitu ramai pengunjung sehingga hadirin yang datang melimpahi padang. Majlis yang bermula pada pukul 9.15 dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Hadi, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan ramai lagi pemimpin2 besar Pakatan Rakyat.

Pengumuman calon dibuat oleh Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz pada pukul 11.30 malam disambut dengan laungan takbir yang meremangkan bulu roma. Calon yang memang tidak asing lagi di kawasan Manek Urai itu yang bernama Fauzi Abdullah juga dikenali dengan panggilan "Puji ikan" kerana dia adalah pemborong ikan di kawasan Kuala Krai dan Machang.

Saya juga cukup kagum dengan penerangan Datuk Haji HUsam kenapa PAS boleh bersama dengan DAp manakal dengan UMNO tidak boleh. Penerangan jelas lagi berfakta menarik hati pendengar pada malam itu.

Read more...

Thursday, June 25, 2009

Semua suspek selamat, tiada jangkitan selsema babi

Tanjong Malim, 26 Jun – Kesemua peserta termasuk pegawai pengiring yang terlibat dalam satu lawatan ke Jogjakarta dan kemudiannya mengadu mengalami simptom-simptom dijangkiti selsema babi disahkan bebas daripada jangkitan tersebut.

Keputusan dikeluarkan oleh pihak Hospital Slim River semalam dan mendapati kesemua suspek negative dalam ujian darah bagi mengesahkan sama ada dijangkiti ataupun tidak.

Pihak hospital juga menjelaskan simptom-simptom yang dialami semua suspek merupakan sakit biasa akibat perubahan cuaca dan tidak mempunyai kaitan dengan selsema babi.

Mengulas tentang keputusan ini, saudara Zulhelmi, Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan MPP UPSI, dipetik sebagai berkata keputusan tersebut sudah semestinya melegakan ramai pihak.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak hospital yang bertungkus lumus membantu bagi meleraikan kebimbangan sebelum ini.

“Kami bersyukur dengan keputusan yang melegakan ramai pihak ini dan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak hospital yang bertungkus lumus membantu”katanya.

Ujarnya lagi”justeru kami berharap agar semua mahasiswa sama-sama berdoa agar kita dijauhkan daripada penyakit tersebut bukan sahaja semasa kita diuji begini”.

Terdahulu, upsikini melaporkan seramai 8 orang disyaki dijangkiti selsema babi selepas mengalami simptom-simptom penyakit tersebut.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP