budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Thursday, June 25, 2009

Penularan wabak H1N1

Penularan Virus H1N1 semakin membimbangkan kita semua. Berita terbaru daripada UPSI seramai 8 orang JMK Koleh Harunaminurrashid dijangkiti Virus tersebut dan 2 daripadanya disahkan positif.

Saya yang sampai di Tanah Merah pagi tadi merasa terkejut dengan berita terbaru ini kerana saya sudah 3 hari berada di KHAR kerana ada beberapa urusan. Tetapi Alhamdulillah tindakan pantas telah diambil oleh Pihak yang berwajib untuk membendung masalah ini.
Berita terbaru hari ini juga menyebut cuti untuk Doktor dan pegawai kesihatan telah dibekukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi member perhatian khusus untuk membendung wabak ini.

Saya selaku wakil blog Persatuan Mahasiswa Anak Kelantan menyeru kepada seluruh muslimin dan muslimat agar mengadakan solat hajat agar diberi perlindungan daripada bala ujian Allah ini.

Read more...

Tuesday, June 23, 2009

Jangan jadikan MSK sebagai tempat kepentingan individu

Ikatan Mahasiswa Anak Kelantan hari ini menegaskan ingin menyokong pendirian Pro Kebajikan agar tidak menjadikan medan Minggu Suai Kenal(MSK) sebagai medan untuk berkempen. Kenyataan ringkas Pro Kebajikan sepertimana mana yang dilaporkan di blog UPSIKINI menyeru kepada semua yang terlibat dalam MSK membetulkan niat dan mengisi ruang MSK untuk memberi kesedaran kepada pelajar baru bahawa mereka bakal bergelar guru satu hari nanti.

Seharusnya peluang yang ada selama seminggu digunakan sebaik mungkin untuk mentarbiyahkan diri-diri pelajar baru agar menjadi seorang guru yang berakhlak. Niat untuk berkempen tidak sepatutnya ada di dalam diri individu-individu tertentu demi mencapai kemenangan untuk kumpulan mereka di dalam Pilihanraya Kampus untuk semester hadapan. Kami warga anak-anak Kelantan mengutuk sekeras-kerasnya niat songsang sesetengah individu yang berkepentingan diri di dalam MSK pada kali ini.

Diharapkan saudara Hairie selaku YDP MPP memantau perkara ini agar tidak merosakkan minggu suai kenal pada kali ini sekaligus merenggangkan lagi hubungan persaudaraan antara team Kebajikan dan juga Kualiti. Kami juga mengharapkan MSK pada kali ini akan membawa kesepaduan antara fikrah-fikrah MPP yang terdiri daripada fikrah Islamik dan non-Islamik.


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK MILIK SETIAP INSAN"

Read more...

Saturday, June 20, 2009

Halang segala program maksiat di UPSI

Singgah sebentar di UPSIKINI dan UPSIINSIDER. Saja ingin mengetahui maklumat terbaru tentang politik anak-anak kampus. Walapun itu bukanlah web rasmi UPSI tetapi banyak mendedahkan cerita-cerita yang tidak mungkin kita dapat dengar melalui media rasmi UPSI. berita-berita panas selalu didedahkan disini. Tahniah atas keberanian kedua-dua bloggers tersebut. Semoga kerja anda mendapat pertolongan Allah tetapi bukannya pertolongan Syaitan.

Di ruangan chatbox di web UPSIKINI ramai menyeru agar program yang berbentuk sosial dikurangkan dalam Minggu Suai Kenal pada kali ini sesuai dengan kita dididik untuk menjadi seorang guru yang berakhlak. Saya memerhatikan setiap kritikan dan ayat-ayat panas yang telah diluahkan di ruangan chatbox. Nasihat saya kepada orang yang suka mengkritik MSK pada kali ini supaya jangan hanya tahu mengkritik dan mengkritik kerana untuk menjalankan MSK bukanlah satu kerja yang mudah.

Tetapi sebagai Majlis Perwakilan Pelajar dan juga badan yang bertanggungjawab mengendalikan MSK pada kali ini saya nasihatkan agar segala program yang diatur tidak bercanggah dengan adab orang melayu dan juga akhlak Islamiyyah. Saya cukup terkesan hati melihat gelagat sesetengah pelajar-pelajar UPSI yang tidak berakhlak dengan akhlak sebagai seorang guru dan juga seorang Islam. Pergaulan bebas, dedah, hedonism melanda pelajar-pelajar UPSI kerana kurangnya didikan agama dalam kehidupan mereka. Ditambah lagi ketiadaan subjek Pendidikan Islam dalam sukatan pelajaran di UPSI memburukkan lagi keadaan ini. Manifesto yang dibawa oleh Saudara Arif masih dipandang ringan oleh UPSI sendiri. Segeralah bertindak demi keunggulan UPSI wahai sang kerajaan UPSI.

Jadi sebagai minggu pelajar-pelajar menjejakkan kaki di UPSI, YDP MPP sepatutnya merangka satu aktiviti yang dapat mentarbiyahkan diri mereka agar berakhlak dengan akhlak yang baik. Ini satu kerja dakwah yang begitu penting jadi wadah MSK boleh digunakan untuk menjayakan kerja ini.

Allah Taala berfirman:
“katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan(kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada siapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang engkau mahu. Di tangan Mu(wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam. Engkau menerbitkan suatu yang hidup daripada suatu yang mati/kaku, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu.”

Dengan tegasnya Allah Taala mengkhabarkan kepada kita bahawa segala kekuasaan yang ada di tangan seseorang adalah pemberian dan anugerah dariNya. Sesungguhnya segala kerja, amalan, perancangan dan aktiviti yang dijalankan akan disoal oleh Allah Taala. Menjauhi azab buruk di akhirat adalah lebih baik daripada menjadi sang buta pekak tuli hanya mengikut kata hati dan nafsu.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Sunday, June 14, 2009

Jange berputus aso daripado rahmat Allah..

Assalamualaikum dan semoga sihat sejahtera lah kepado sumo2 budop2 kelate hok masuk blog nie dan jugo kepada pengunjung yang lain “kito samo tapi xserupa”.hehehe..

Selaku blog hok baru jah berusia setahun jagung nie ambo selaku wartawan hok ditugaskan jago blog nie amat berharap lah keterusan berlangsungan blog nie untuk tatape anok2 kelate di UPSI. dengan jumlah wartawe ado beberapa ore diharap bulih menjadi mata dan telinga kepada blog ini untuk meneruskan kemandiriannyo.

Jadi kito nie semakin dekat doh ngan semester baru. Kiro2 ado dale maso 22 hari lagi nok buko semester baru. Huhuhu.. supo skalo la puok2 kita. Bilo nak masuk sem baru semangat nok belaja tu tinggi benar nah. Bak kata ore tuo2 dan jugo kato ore mudo2 “tinggi mélangit”.. gapo hok tinggi?? Angan-angan la..

Kalu tengok result hok semester lepas ado hok bulih tinggi ado hok bulih rendah. Hok bulih tinggi tu tahniah lah. Hok bulih rendoh tu tahniah jugop pasal ado sebab la tu Allah Taala bagi resup demo rendah. Sebab pertama kalu demo PEMALAS. Baso dio doh la.. kalu pemalas lagu mano demo nk dapat result tinggi. Tapi ado jugop hok rajin study tapi bulih resup rendah.. pah tu guano kiro?? Sebab demo bodo ko?? Sebenarnya dop jugop. Allah Taala telah takdirkan benda itu berlaku mako kito kena pasrah dan redha la. Lagi satu Allah nak uji kito biasonya. Banyok dalil-dalil dalam Quran sebut Allah akan uji manusio tetapi diharapkn jange la kito berputus aso dengan rahmat Allah..

“Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah , melainkan kaum yang kafir”(Yusuf:87)

“maka Kami memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman”(Al-Anbiyaa:88)

Jadi sapo2 hok bulih resup rendah tu jange la dop berputus aso dan raso rendah diri. Perhatikanlah kato2 Allah Taala di dalam Al-Quran berkenaan orang yang putus asa dengan rahmat Allah. Hanya ore kapir jah hok putus aso dengan rahmat Allah nie. Kito ore Isle kena yakin dan percaya dengan pertolongan Allah.

Yang penting kito jange putus2 doa kepada Allah. Mintok sokmo-sokmo ngan Allah. Kalu kito mitok ngan manusio kerap kali manusio akan benci kito dih? Tapi kalu ngan Allah dop gitu, lagi banyok mu mitok lagi Allah suko ke mu. Jadi jange putus2 doa tu deh..
Diantara penegasan Rasulullah s.a.w tentang doa:

“doa adalah inti ibadah” (Riwayat Termizi)

“Doa adalah senjata orang yang beriman, tiang agama dan pelita bumi dan seluruh langit” (Riwayat al-Hakim)

Jadi insyaAllah sahabat-sahabiah sekalian semester depe kito puok2 kelate akan baiki diri supayo jadi lebih hebat lagi. Bak kato ore kito keno BERJIHAD. Buke bare mudoh perkataan jihad tuh. Bendo besar. Pahtu bereh la deh. Stakat nie lah dulu kawe nulih. Selalu-selalu lah ziaroh blog nie deh..
WASSALAM

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"KEBAJIKAN HAK SETIAP INSAN"

Read more...

Thursday, June 11, 2009

Mahasiswa harus "hidup"

Salam perpaduan buat semua..

Alhamdulillah pada malam ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog ini sesudah beberapa hari kosong tanpa pengisian yang baru.

Syukur kehadrat Ilahi kerana keputusan peperiksaan semester telah keluar dan saya menjangkakan ada kejutan untuk keputusan semester ini. Alhamdulillah keputusan sem ini nampaknya lebih baik daripada sem lepas.

Sekitar minggu ini begitu banyak isu yang berlaku di Negara kita. Dengan isu-isu ini kita sebagai mahasiswa yang unggul dan progresif mesti ambil cakna dan responsive. Selayaknya kita yang bergelar mahasiswa tidak menjadi tunggul kayu hanya tahu belajar dan menelaah buku sahaja malah kita mesti terjun ke dalam masyarakat untuk mengetahui apa keperluan masyarakat terhadap kita. Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia lebih-labih lagi sebagai seorang guru menuntut kita agar lebih dekat dengan masyarakat dan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat.
Yang terbaru dan baru sahaja hangat ialah Muktamar PAS yang baru sahaja berlangsung di Shah Alam. Penulis tidak berniat untuk mengheret saudara/I sekalian masuk ke kancah politik tapi penulis ingin mengajak saudara/I sekalian ambil tahu serba sedikit mengenai politik tanah air kerana politiklah yang akan mewarnai tanah air Negara kita. Segala keputusan-keputusan, dasar-dasar, idea-idea baru akan diputuskan oleh orang-orang politik apabila mereka memegang tampuk pemerintahan.

Masyarakat dan politik tidak boleh dipisahkan. Begitu janggal kalau ada yang mengatakan “kamu nie asyik berpolitik jer”.. itu adalah satu kenyataan yang sepatutnya tidak keluar daripada mulut seorang mahasiswa kerana politik akan member kita kefahaman mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat.

Kalau kita di kampus kita akan terdedah dengan politik kampus. Bagi penulis politik kampus juga tidak kurang pentingnya bagi mewarnai komuniti kampus yang begitu berwarna warni dan berbagai-bagai. Kebetulan semester hadapan kita akan menghadapi pilihanraya kampus penulis menyeru agar mahasiswa/I sekalian supaya responsive terhadap isu-isu dan blog-blog yang mewarnai politik kampus di UPSI dan pilihlah wakil-wakil anda yang layak untuk membawa suara anda.

Meskipun begitu masih awal lagi untuk kita bercakap mengenai politik kampus. Dengan tempoh cuti yang masih berbaki lagi penulis inigin menyeru kepada semua agar menjadikan membaca sebagai satu hobi yang sangat dicintai. Sesuai dengan seruan YDP MPP Universiti Malaya iaitu Saudara Ridhuan di dalam rancangan Suara Siswa yang berlangsung di TV1 baru-baru ini beliau menuntut agar budaya ilmu menjadi agenda utama mahasiswa. Dengan ilmu kita akan dapat mengenali siapa kita dan dimana kedudukan kita. Dengan ilmu juga dapat melahirkan mahasiswa minda kelas pertama dan kita akan bijak dalam menghadapi sesuatu masalah. Ilmu itu bukanlah terbatas dalam ilmu pengkhususan yang kita ambil di universiti sahaja tetapi merangkumi semua bidang ilmu seperti ilmu kemasyarakatan, politik dan sebagainya..

Read more...

Wednesday, June 3, 2009

Kelantan Ditawar Anjur Tilawah Al-Quran Antarabangsa

KOTA BHARU, 11 Jamadil Awal 1430 - Satu lagi sejarah baru bakal tercatat apabila Kelantan ditawar menjadi tuan rumah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa tahun ini yang dijangka diadakan pada Julai atau Ogos depan. Baru-baru ini pertandingan hafazan peringkat kebangsaan juga diadakan di sini, julung kali selepas Kelantan ditadbir PAS.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata, tawaran tersebut dibuat kerajaan pusat memandangkan kos pengendaliannya lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Katanya, kos pembinaan astaka, makan-minum dan sebagainya di negeri ini jauh lebih murah.

"Kerajaan negeri sedia menimbang pelawaan tersebut. Namun kita perlu membincangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana ia membabitkan masalah dasar.

"Ini kerana Kelantan tidak membenarkan wanita memperdengarkan bacaan al-Quran di khalayak ramai lebih-lebih lagi disaksikan penonton lelaki kerana suara wanita aurat," katanya ketika ditemuramah radio Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam, baru-baru ini.

Oleh itu menurutnya beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mencari jalan terbaik supaya tilawah dapat diadakan di sini.

Katanya, beliau akan mencadangkan supaya peserta tilawah diasingkan semasa bacaan diadakan di antara qari dengan qariah."Kita mungkin mencadangkan peserta qariah memperdengarkan bacaan dalam dewan tertutup yang hanya dihadiri penonton wanita sahaja," katanya.

Mohd Amar berkata, sekiranya cadangan itu dipersetujui sudah pasti tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa tahun ini bakal diadakan di Kota Bharu

Read more...

Kelantan Perkenal Skim Imam Al-Ghazali


KOTA BHARU, 3 Jamadil Akhir 1430 - Kelantan yang dikenali sebagai negeri kebajikan tambah semarak lagi dengan pelancaran pelbagai tabung bagi membantu rakyat miskin.
Sebelum ini ada Tabung Serambi Mekah, Tabung Amanah Tok Kenali dan Tabung Qardhu Hassan.

Dan semalam skim bantuan Imam Al-Ghazali pula dilancarkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Skim tersebut dikendalikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bantuan bulanan akan diagih kepada 100 pelajar miskin yang dipilih dari sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman idea bagi mewujudkan skim bantuan tersebut dicetus memandangkan ramai pelajar cemerlang di Kelantan dari keluarga kurang berkemampuan.

"Contohnya adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, anak nelayan yang muncul pelajar terbaik SPM seluruh negara. Maka PMBK merasakan bertanggungjawab untuk membela mereka.

"Oleh itu PMBK memperuntukkan sebanyak RM5,000 sebulan bagi membantu 100 pelajar miskin yang cemerlang," katanya pada majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Setiap pelajar terbabit mendapat bantuan sebanyak RM50 sebulan dan ia akan dimasuk ke akaun Bank Islam pelajar terbabit sama tarikh gaji yang diterima kakitangan PMBK.

Ariffahmi berkata, walau pun sumbangan tersebut agak kecil, namun ia amat bernilai bagi mereka yang dhaif.

Bagaimanapun katanya, jumlah sumbangan itu akan dikaji dari semasa ke semasa.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata nama Imam Al-Ghazali yang dipilih PMBK amat bertepatan kerana imam tersebut merupakan seorang alim dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah dan juga syiah.

"Al-Ghazali merupakan seorang yang digelar Hujjahtun Islam kerana mempunyai keperibadian mulia dan seharusnya menjadi ikon kepada mereka yang ingin menuntut ilmu dunia dan akhirat.

"Saya amat gembira kerana nama yang agung ini digunakan sebagai perangsang kepada penerima skim bantuan ini. Diharap PMBK dapat mempertingkatkan lagi jumlah penerimanya pada masa akan datang," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun sumbangan yang diberikan PMBK agak kecil namun sekiranya diberi secara ikhlas nilainya lebih besar di sisi Allah Taala.

Hadir sama pada program itu Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yik, Ustaz Zakaria Muhamad dan Pengurus Bank Islam Cawangan Kota Bharu, Muhd Zafrullah Ghazy.

Manakala Nik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam SPM tahun lalu dijemput sebagai penceramah jemputan pada majlis tersebut.

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP