Tuesday, August 25, 2009

Kelantan aktif semula Jawatankuasa Pembangunan Ummah

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Permohonan ubah syarat tanah di Kelantan perlu dipohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan terlebih sebelum diajukan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan.


Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya permohonan ubah syarat tanah pertanian kepada status lain kecuali pembinaan rumah atau sekolah sahaja.


Katanya, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya ubah syarat tanah bagi memastikan keluasan tanah pertanian dikekalkan.


Beliau juga berkata, kerajaan mengingatkan rakyat supaya mengubah syarat tanah terlebih dahulu sebelum membuat rumah di atas tanah pertanian.


"Ini kerana sekiranya tanah mereka yang terletak di tepi jalan terlibat dengan projek pembangunan pampasan dibayar kepada nilaian tanah sahaja.


"Kerajaan tidak akan membayar pampasan rumah kerana mengikut geran asal tanah berkenaan hanya tanah pertanian," ujarnya ketika ditemui di sini.


Timbalan Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri akan menghidupkan semula peranan Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim yang pernah diwujudkan sebelum ini.


Katanya, kerajaan akan membuat kajian yang terperinci supaya peranan jawatankuasa itu lebih berkesan dan menepati matlamat penubuhannya.


Mengenai prestasi penghulu, kata beliau kerajaan negeri akan menganjurkan kursus untuk meningkatkan pengetahuan mereka.


Sementara itu anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, bidang ICT dapat membantu golongan pendakwah menyampaikan mesej Islam kepada golongan muda.


"Setakat ini laman web dan perisian agama begitu kurang jika nak dibandingkan dengan laman-laman lucah serta tidak bermoral," ujarnya.


Beliau juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM750,000 untuk menjayakan program pembangunan ICT Desa tahun lalu. - mj _

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP