budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Friday, July 31, 2009

Konsert GAMIS bakal cipta gelombang, dirasmi ‘Tuan Guru’


Kuala Lumpur 30 Julai 08:20a.m│Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) sekali lagi bakal mencipta gelombang perubahan gerakan mahasiswa mereka dengan menganjurkan sebuah konsert Islamik yang bakal dirasmikan oleh Menteri Besar (MB) Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.


Konsert yang dinamakan Konsert Antara Dunia itu akan diadakan di Stadium Melawati pada 1 Ogos ini bermula jam 8.00 malam.



Konsert tersebut akan diserikan oleh tiga kumpulan nasyid besar di Malaysia iaitu Rabbani, Raihan dan Hijaz. Tambah menarik, konsert ini juga turut diserikan oleh dua kumpulan nasyid dari luar negara iaitu Kumpulan Shoutul Harakah dari Indonesia dan Nibraz dari Mesir.



Acara terpenting dalam konsert tersebut adalah gabungan mahasiswa Islam terbesar di Malaysia ini bakal mengiktiraf ketokohan Menteri Besar Kelantan menerusi Anugerah Tokoh Kepimpinan Islam Teladan Malaysia.



Menurut Presidenya, Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, mereka bersetuju untuk memberikan anugerah khas tersebut kepada MB Kelantan berdasarkan tiga ciri.



Ketiga-tiga ciri itu ialah, ketokohan ulama berkenaan dalam memimpin sebuah kerajaan dengan penuh keadilan, semangat dakwah yang wujud dalam diri beliau dan sifat mesra beliau dengan artis-artis tanah air khususnya dan dunia hiburan umumnya.



”Kami tidak melihat faktor politik dalam soal pemilihan ini. Bukan soal beliau Mursyidul Am kepada sebuah parti pembangkang yang besar di Malaysia.



Sebaliknya faktor pemilihan ini adalah berdasarkan tiga perkara yang terpenting. Pertama, kekuatan daya pimpinan Tuan Guru (Nik Aziz) untuk memandu sebuah negeri yang ternyata jauh daripada unsur-unsur ketidakadilan seperti rasuah.



”Kami juga sebenarnya berasa amat kagum dengan toleransi beragama yang wujud dalam dirinya. Hal ini disorot melalui sosok Tuan Guru sendiri yang suka dan banyak bergaul dengan tokoh-tokoh agama lain.



Selain daripada itu, beliau berdasarkan pemerhatian kami juga sangat mesra dengan artis-artis tanah air, malah beliau dikagumi,” ulas beliau yang merupakan penasihat kepada Konsert Antara Dunia itu.



Selain merasmikan majlis, tokoh spiritual itu juga dimaklumkan akan mendeklamasikan sajak untuk para hadirin.



Dalam pada itu, Dzulkhairi menyatakan smua rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menghadiri konsert yang julung-julung diadakan oleh gabungan mahasiswa yang selama ini dilihat sangat radikal dan kritisan terhadap soal-soal keadilan dan kebajikan rakyat.-mahasiswakini

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"


"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA PELAJAR UPSI"

Read more...

Monday, July 27, 2009

Berani tak bertempat..

Oleh: Muhammad Hafizzuddin

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan

Isu mahasiswa dalam negara adalah merupakan isu yang sentiasa menghangatkan rencah berita dalam negara serta menjadi ikutan bukan sekadar mahasiswa malah menjadi tumpuan orang lain di luar kampus.

Tetapi saya hairan, mengapa di dada akhbar lebih banyak menceritakan perkara negatif yang dilakukan oleh mahasiswa berbanding jasa dan idea yang disalurkan oleh mahasiswa bagi pembangunan rakyat Malaysia.

Mahasiswa perlu menilai dan sedar akan keadaan ini dan bagi perspektif saya, ini menunjukkan mahasiswa belum memainkan peranan secukupnya untuk kita menjadi ikon mahupun ikutan orang di luar sana.

Jika kita sekadar menjadi tukang jerit atau tukang rusuh, saya yakin orang yang bukan pelajar universiti juga mampu melakukan dan membuat perkara yang sama bahkan mungkin lebih hebat daripada kita.

Apa yang ingin saya bicarakan di sini adalah konteks mahasiswa itu sendiri, bagaimana seorang mahasiswa ataupun pemimpin itu mampu mengubah dan mencipta ruang baru untuk memperbaiki keadaan rakan-rakannya daripada baik sekarang ini kepada lebih baik di masa hadapan.

Kita mahu di dada akhbar menyatakan ’Pelajar Universiti Malaya Berjaya Menghasilkan Enjin Hibrid Menggunakan Kuasa Solar’ ataupun ’Pemimpin Pelajar Universiti Malaya Menyelesaikan Masalah Kebajikan Dengan Baik’ tetapi apa yang kita dapat ’Pelajar Ditahan Akibat Salah laku’.

Ini bukan suatu yang baik walaupun bagi mereka yang tertangkap, ini mungkin dianggap sebagai perjuangan yang mulia dan berlandaskan jalan yang benar.

Saya tidak mempertikaikan apa sahaja pendapat mereka tetapi kerana yakin dan percaya, kita sentiasa mempunyai pilihan dalam hidup kita dan kita perlu membuat pilihan setepatnya sesuai dengan diri kita.

Kebelakangan ini, saya melihat pimpinan pelajar banyak menyimpang daripada manifesto ataupun janji-janji yang ditaburkan selama ini.

Di kala mahukan kemenangan, mereka janjikan kebajikan kepada mahasiswa dan pelbagai lagi akan tetapi tidak menyatakan sedikit pun dalam mencampuri hal ehwal di luar kampus.

Tetapi apa yang kita lihat, pemimpin di atas sekarang ini banyak menumpukan perhatian beliau kepada isu luar kampus berbanding dengan isu di dalam kampus.

Jika benar mereka ingin membantu diperingkat nasional, ia sesungguhnya perkara yang baik serta sememangnya dialu-alukan oleh masyarakat terutamanya kerajaan, tetapi medium atau caranya harus betul dan berada di landasan yang benar.

Pemimpin mahasiswa yang intelek akan sentiasa menumpukan perhatian mereka lebih kepada bidang akademik mahupun pemantapan sahsiah rakyat jika mereka benar ingin membantu di peringkat nasional tetapi adakah ini yang mereka perjuangkan?

Mereka ini sepatutnya menumpukan masalah dalam kampus seperti isu kenderaan yang hangat di kala kini, isu perparitan yang tidak sudah-sudah menyebabkan banjir di kala hujan lebat, serta isu penempatan pelajar yang tidak setimpal dahulu sebelum meneroka ke alam luar sana.

Di mana janji mereka untuk memotong elaun masing-masing untuk dimasukkan atau untuk digunakan sebagai tabung kebajikan mahasiswa, adakah ini digunakan untuk perjuangan peribadi atau kebaikan mahasiswa secara keseluruhannya.

Mahasiswa perlu celik dan tangkas bangun memikirkan apa yang sebenarnya sedang dialami oleh pakatan pimpinan mahasiswa sekarang ini.

Mereka melaungkan kata-kata semangat untuk membela pelbagai ruang lingkup tetapi adakah mereka membela anda sebagai mahasiswa.

Salah satu kepakaran mereka yang tidak bertanggungjawab adalah penyebaran fitnah yang tidak henti-henti walaupun apa jua tidak kira terhadap mahasiswa mahupun pimpinan nasional itu sendiri.

Mahasiswa perlu matang dalam menerima dan mencerna berita yang mereka dapat tak kira daripada luar mahupun dalam kampus.

Fitnah yang ditaburkan memang sedap didengar ataupun dibaca tetapi kenyataannya sesungguhnya lari benar daripada keadaan sebenarnya dan jika kita hanya menerima input dari sebelah pihak sahaja, jangan adili berita itu benar terlebih dahulu.

Malah yang paling hebat fitnah ini bukan sekadar dilemparkan kepada orang yang dikenali malah mereka yang tidak dikenali langsung tetapi tidak sama ideologi dengan mereka juga tidak terlepas daripada tuduhan liar serta palsu kerana ingin memburuk-burukkan kumpulan yang bertentangan dengan mereka.

Setiap isu perlu ditangani dengan bijak dan sesungguhnya ia tidak boleh diselesaikan di jalanan mahupun dengan emosi yang membuak-buak.

Allah memberikan kita otak dan akal fikiran untuk kita sentiasa mencari penyelesaian yang benar-benar betul dan setimpal dengan masalah yang kita hadapi di waktu itu.

Jangan kerana marahkan nyamuk, habis kelambu dibakarnya kerana perbuatan ini hanya akan membinasakan diri kita malah bila nasi dah menjadi bubur, segala sesalan tidak lagi membawa faedah.

———————

*Penulis ialah merupakan Mahasiswa Tahun Akhir Jurusan Kejuruteraan Jabatan Mekanik, Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya. Presiden Kolej Kediaman Pertama. Beliau juga merupakan koordinator Penggerak Mahasiswa (GERAK) universiti berkenaan.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Friday, July 24, 2009

Kemana 1000 'tentera' Aspirasi menghilang??

AGM Persatuan Mahasiswa Sains… kemana menghilang 1000 ‘tentera’ Aspirasi? Kononnya mereka akan menghantar seribu ‘tentera’ mereka untuk merebut jawatan di dalam Persatuan Mahasiswa Sains.


Saya sempat membuat tinjauan dikalangan Pro Kebajikan berkenaan Aspirasi yang bakal membawa seribu ‘tentera’ mereka. Rata-rata mengalu-alukan kedatangan mereka agar memeriahkan lagi AGM pada malam ini. Tapi hampa apabila ‘tentera-tentera’ mereka yang kononnya gagah berani lari dalam medan perang.


Alhamdulillah semua jawatan untuk EXCO selamat dipertandingkan. Tetapi jawatan untuk MT telah dipilih secara syura bersesuaian dengan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan Persatuan Mahasiswa Sains.


Akhir kata…. Rugi wooo ‘tentera’ Aspirasi tak dating. Kalau dating leh gak jamuan perut kalian dengan Mee goring Karim..


Hahahaha…. Aspirasi kempunan..

Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Hairie tidak layakkah? Memalukan..

Malam ini sama-sama kita luangkan masa untuk bersama-sama Forum Bicara Siswa yang akan berlangsung secara langsung di TV1 bertempat di SITC.

Ahli panel terdiri daripada Naib Canselor UPSI,YDP UM,YDP UIA bakal membuka dimensi baru dalam pemikiran mahasiswa UPSI. seperti mana yang kita tahu dua wakil MPP tersebut antara kalangan pemimpin PRO MAHASISWA yang selalu lantang bersuara dalam persada dunia politik mahasiswa.

Isu yang dibincangkan ialah PPSMI yang sememangnya sinonim dengan isu pendidikan maka amat bertepatanlah dibincangkan di UPSI sendiri.

Apa yang menghairakan kenapa ura-ura mengatakan YDP MPP UPSI tidak dibarisi sebagai ahli panel pada malam ini? sepatutnya beliau merupakan ahli panel sesuai dengan dirinya sebagai tuan rumah untuk forum malam ini?

Adakah Saudara Hairie tidak layak untuk memikul cabaran forum ini atau sememangnya pihak penganjur sendiri melihat beliau sebagai seorang yang tidak mempunya kepimpinan dalam menghuraikan isu ini?

Alangkah malang sekali kalau ia benar-benar berlaku. Satu penghinaan kepada organisasi MPP UPSI yang sepatutnya lebih keterhadapan dalam menghuraikan isu ini. Tapi apa pun ahli panel yang dipilih telah dinilai dengan sebijaknya oleh pihak penganjur. Sebarang orang tidak mampu untuk menghuraikan isu ini melainkan orang yang betul-betul hadam dalam menyelidik isu yang panas ini. Tidak kiralah walaupun seseorang itu bakal guru tetapi tidak mempunyai keilmuan dalam menghuraikan isu ini sepatutnya seseorang itu disingkirkan dalam memberi respon terhadap isu ini.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Sunday, July 19, 2009

Pergerakan anak-anak muda mahasiswa ISLAM

“Kita kena merancang”.. kenapa persoalan ini sering bermain-main di kepala saya beberapa hari ini. Perancangan.. taktikal.. pergerakan.. keberanian.. gerakkerja.. perkataan ini begitu digeruni sesetengah pihak.

Ada yang mengatakan sesetengah pelajar yang suka menyebut perkataan yang saya warnakan di atas dia merupakan pelajar yang ekstrim. Memang perkataan-perkataan tersebut begitu sinonim dengan pergerakan-pergerakan yang “underground”. Tapi adakah semua pergerakan-pergerakan “underground ini salah?

Cuba kita lihat pergerakan Ikhwan Muslimin. Pergerakan mereka dengan penuh berhati-hati dan berjaga tetapi perjuangan yang mereka bawa adalah tidak salah dan dituntut oleh Islam. Siapa yang mengatakan mereka salah? Mengapa sesetengah pihak di Mesir begitu gerun dengan pergerakan Ikhwan Muslimin terutamanya pihak kerajaan Mesir sendiri.
Berapa ramai pejuang-pejuang Ikhwan Muslimin ditangkap dan disiksa di penjara bawah tanah sampai mati. Tetapi adakah salah perjuangan mereka? Perjuangan ingin menegakkan syiar Islam?

Dikalangan Mahasiswa sendiri Gamis begitu popular sebagai wadah perjuangan pelajar-pelajar Islamik kampus. Memang dahulunya Gamis bergerak secara senyap-senyap tetapi setelah mereka jelas dengan halatuju mereka iaitu sekarang Gamis telah didaftarkan sebagai NGO. Begitu banyak sumbangan Gamis kepada Mahasiswa yang merupakan sebuah persatuan anak muda yang lantang bersuara dan menegakkan kebenaran.

Ada sesetengah pihak yang bacul menuduh Gamis sebagai proksi Yahudi. Tapi saya cukup hairan mengapa Gamis yang kononnya proksi yahudi begitu lantang membawa agenda Islam. Saya mempunyai beberapa kenalan dalam Gamis yang terlibat secara langsung dalam Gamis. Ada kenalan-kenalan ini adalah kawan-kawan saya semasa bersekolah dahulu. Mereka adalah pemimpin-pemimpin pelajar disekolah dan cukup dikenali sebagai pelajar yang berdisiplin dan mempunyai kefahaman agama yang tinggi.

Boleh dikatakan di setiap kampus Gamis mempunyai ahlinya yang tersendiri dan ahlinya cukup setia, cekal, berani, lantang membawa kerja-kerja Islam. Saya berharap Gamis semakin berkembang dan diterima oleh semua pelajar-pelajar.

Nak membawa suara Islam bukan mudah. Ia memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi. Nabi Muhammad S.A.W sendiri pun terpaksa buat kerja Islam dengan taktikal dan berhati-hati. Apatah lagi kita sekarang dalam suasana orang munafik dan musuh Islam yang semakin ramai. Ayuh mahasiswa… teruskan niat suci murni mu. Kerja dan terus kerja. Jangan fakir penat dan lelah. Di syurga kita nantikan kepulangannya…Salam Perjuangan dari saya…

Boleh berkenalan dengan Gamis disini..
www.gamisdaily.com

blog presiden gamis:
www.dzulkhairi.blogspot.com


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"


"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Wednesday, July 15, 2009

Gamis tubuh sekretariat rejuvenasi pendidikan Islam


Kuala Lumpur 14 Julai 08:02a.m│Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan berusaha untuk mengintegrasikan pendidikan Islam kepada bukan Islam dan memperjuangkan Islam dalam sistem pendidikan supaya tidak dilihat sebagai
subjek semata-mata.


Perkara tersebut adalah antara cadangan gerak kerja sekretariat bertindak rejuvenasi sistem pendidikan Islam di Malaysia yang bakal dibentuk.



Pembentukan sekretariat tersebut merupakan resolusi yang diputuskan dalam kongres pertama rejuvenasi sistem pendidikan Islam negara (Ko-Spin), Sabtu lalu di Auditorium Muzium Shah Alam, Shah Alam.



Pengarah Ko-Spin, Siti Nurul Munawirah Mohamad Roslan berkata, pihaknya tidak mahu Islam itu dilihat bersifat eksklusif, yang khusus untuk orang Islam sahaja.



Sebaliknya, kata beliau, pihaknya mahu Islam dilihat sebagai agama yang bersifat inklusif.



“Ciri-ciri Islam dapat disebarkan kepada bukan Islam, dengan menyatakan bahawa Islam itu syumul, agar mereka tidak prejudis kepada Islam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.



Siti Nurul Munawirah yang juga setiausaha agung Gamis berkata, kongres sehari itu dihadiri kira-kira 400 peserta termasuk wakil NGO seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).



Katanya, seorang peserta tunggal bukan Islam yang hadir, memuji penganjuran kongres tersebut bagi membolehkan beliau mengenali Islam dalam sistem pendidikan.



Beliau berkata, peserta tersebut daripada salah sebuah institusi perguruan berpendapat pendidikan dalam Islam dapat mesejahterakan manusia yang turut mementingkan jasmani, emosi dan intelektual.



Lantik Prof Naquib penasihat



Dalam perkembangan berkaitan, sekretariat yang bakal dibentuk itu akan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memperkasakan sistem pendidikan dan memartabatkan profesion perguruan.



“Kita mahu penyerapan kaedah-keadah dalam Islam yang mementingkan kajian dan tidak hanya mementingkan hanya buku teks (menghafal) dan meluahkannya dalam peperiksaan,” katanya.



Katanya, Gamis juga diminta untuk bertemu dengan pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Sidek Baba bagi mendapatkan modul sistem pendidikan Islam dalam usaha untuk membina identiti dan sahsiah serta membangunkan modal insan.



Dalam usaha untuk memantapkan sekretariat tersebut, Siti Nurul Munawirah berkata, Gamis berhasrat melantik tokoh intelektual, Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai penasihatnya.



Katanya, ini kerana tokoh tersebut adalah tokoh pemikir Islam yang amat disegani di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa.



“Amat rugi kalau beliau dipuji di luar (negara) tetapi kita tidak melantiknya sebagai penasihat,” katanya.



Menurutnya, beberapa NGO telah menyatakan kesediaan mereka untuk berkerjasama dengan sekretariat tersebut, antaranya, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Syura) dan Teras Keupayaan Melayu (Teras).-malaysiakini


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Kekejaman "zionis" Melayu

Siri-siri kekejaman yang berlaku di MU (Manek Urai)..
Darah-darah ini yang akan menjadi saksi perjuangan mereka di akhirat kelak. Semua adegan ini dirakam oleh "video" Allah Taala dan akan dimainkan semula di akhirat kelak. takpelah.. bierlah mereka terlepas di dunia kerana dunia adalah syurga abadi mereka. tapi di akhirat kelak hari kemenangan untuk kita. Tahniah kepada kerajaan PAS kerana berjaya mempertahankan kerusi N41 Dun Manek Urai.

dapatkan berita manek urai disini. www.perisik-rakyat.blogspot.com




berdarah dibaling batu..


Abang kita nie pun turut dibaling batu...




"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"


"KEBAJIKAH UNTUK SEMUA"

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP