budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Monday, August 10, 2009

Penganjur Konsert Ingkar Saranan PM..

Sekali lagi pihak penganjur konsert pesta konvo UPSI menerima tempelak apabila penganjuran konsert Jaclyn Victor semalam terang-terangan melanggar saranan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak apabila tetap berdegil ingin meneruskan konsert konvo.


Perdana Menteti menasihatkan kepada rakyat dalam satu berita yang boleh dipetik didalam Malaysiakini agar mengelakkan diri daripada berhimpun beramai-ramai.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat awam.


Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 semakin meningkat dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.


"Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak.


"Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di ibu Negara.


Kami dipihak kepimpinan pelajar turut merasa kesal dengan penganjuran tersebut. Sebelum ini penentangan terhadap konsert ini atas dasar hukum Islam malah turut juga melibatkan saranan PM yang tidak diendahkan oleh pihak penganjur. Penularan wabak ini untuk kali yang ke-2 di UPSI wajar dipersalahkan kepada pihak penganjur konsert kerana tidak mengendahkan saranan Perdana Menteri.


Buat apa mempunyai Perdana Menteri jikalau saranannya yang BAIK tidak mahu diikuti.


Kami menyeru kepada warga UPSI supaya mengelakkan diri daripada berada di tempat orang ramai agar wabak H1N1 tidak merebak lagi.


Salam perjuangan. Salam 1 Malaysia..


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP