budak kelantan Pictures, Images and Photos
Erti KELANTAN Pictures, Images and Photos

Friday, October 2, 2009

Aidilfitri bersama Menteri Besar Kelantan

Alhamdulillah pada hari raya yang ke-3 Mahasiswa-mahasiswa Kelantan berkesempatan bertemu mata dan menyambut aidilfitri bersama Menteri Besar Kelantan dan beberapa exco Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis yang diadakan di Balai Islam Lundang dihadiri lebih daripada 3 ribu Mahasiswa-mahasiswa generasi pemimpin baru InsyaAllah.

Kami dipihak UPSI sendiri telah ditugaskan oleh Markas Siswazah Kelantan untuk terlibat sama dalam menjayakan majlis pada hari tersebut. Semangat untuk bersama Tok guru tidak dilepaskan oleh mahasiswa anak Kelantan apabila hadirin yang hadir mengikuti program dari awal hingga akhir program.

Program yang dimulakan dengan ucapan Pengarah program dan juga Presiden Markas Siswazah Kelantan iaitu Ustaz Burhanuddin. Ucapan Ust Burhanuddin yang dikenali juga sebagai Ust Bob berjaya menarik minat hadirin dengan gaya pengucapannya yang agak lucu dan banyak memberi nasihat dan kesedaran.

Selepas itu acara diteruskan dengan Forum yang dilaksanakan oleh 3 orang ahli panel yang cukup berpengalaman. Salah seorang ahli panel ialah seorang Profesor daripada Universiti Putra Malaysia. Forum yang membincangkan berkenaan perana mahasiswa begitu menarik sekali dan sememangnya forum sebegini agak mustahil untuk diadakan di universiti.

Akhir sekali saat yang ditunggu-tunggu ialah ucapan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. Seperti biasa ucapan tok guru tidak lari dari nasihat agar kita sentiasa takut kepada Allah. Tok guru juga banyak berpesan kepada hadirin agar manfaatkan masa muda dengan berjuang untuk Islam dan jangan takut selain takut kepada Allah. Pesan tok guru InsyaAllah akan tersemat di hati dan akan dibawa semangat itu dalam perjuangan di kampus.

wah... nie Mahasiswa universiti mane nie???hehehe..
Antara hadirin yang hadir... Mana wakil UPSI???
Antara ahli panel forum..Berbaju hitam Profesor jemputan daripada UPM...
Ust Bob dan YB ust Fatah mengiringi tok guru
Siapakah bakal mengantikan pemimpin-pemimpin ini nanti???
Ingat pesan tok guru wahai Mahasiswa Kelantan sekalian
Bergambar bersama Tok Guru..hehehe..Seronoknya..
Semua senyum!!!! Klik..Klik..
Juadah banyak disediakan..tak habih nk makan..
Tugas wakil UPSI ambil gambar..huhu..smpai dlm dewan makan ambil gambar..
The great leader....
YB Fatah bersama Mahasiswa.. (Pemimpin Berjiwa Rakyat)

Read more...

Tuesday, August 25, 2009

Posing seorang Menteri Besar..


Posing menarik Menteri Besar kita..
Sila copy and paste buat koleksi peribadi anak-anak Kelantan.

Read more...

Senarai Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Anak Kelantan sejati bukan sahaja berasal daripada Kelantan, bukan sahaja tumpah darahnya di Kelantan malah mengetahui segenap segi mengenai Negerinya Kelantan yang cukup bertuah ini. Untuk maklumat yang singkat ini marilah kita berkenalan dengan pemegang-pemegang amanah dalam memandu Kerajaan Negeri Kelantan yang boleh dikira kerajaan yang tersohor di Malaysia. Dulu, kini dan selamanya sering disebut-sebut. tidak kira masa. Itulah istimewanya Kerajaan Negeri Kelantan..


Jawatankuasa Tanah, Perhutanan dan Sumber Asli
Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar


Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Tanah dan Wilayah
Dato’ Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar


Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan
Dato’ Husam Musa


Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat
Dato’ Anuar Tan Abdullah


Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah
Mohd Amar Nik Abdullah


Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan
Dato’ Takiyuddin Hassan


Jawatankuasa Perumahan, Kerjaraya, Utiliti dan Alam Sekitar
Mejar (B) Md. Anizam Abd Rahman


Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO
Abdul Fattah Mahmood


Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi
Dr. Mohd Fadhli Dato’ Hassan


Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi
Che Abdullah Mat Nawi


Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan
Wan Ubaidah Omar

Read more...

Kenali tokoh ulama Kelantan (vol1)


Tokoh ulamak Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulamak besar Semenanjung Melayu sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Halaim (Muar), Haji Mat Syafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi sebutan dan bualan ramai.

Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad. Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1350H-1327H). sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini kedalam kurikulum pengajian pondok (sebelum itu tertumpu kepada usuluddin, fiqh da tasawauf sahaja).

Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tuk Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa - bukan saja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah: Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj, Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj, Abdullah Tahir Bunut Payung. Hj. Yusof Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato' Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato' Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubuk Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latiff Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato Hj. Hassan Yunus al-Zahari (Menteri Besar Johor), Dato Hj. Abdul Rahim Yunus, (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).

Di samping itu dua orang putera Tok Kenali sendiri - Tuan Guru Hj. Ahmad dan syeikh Mohd. Sale Kenali (menetap di Makkah) - juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai "Serambi Mekah" itu sangat berkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.

Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

Read more...

Kelantan aktif semula Jawatankuasa Pembangunan Ummah

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Permohonan ubah syarat tanah di Kelantan perlu dipohon melalui Pihak Berkuasa Tempatan terlebih sebelum diajukan kepada Pejabat Tanah dan Jajahan.


Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya permohonan ubah syarat tanah pertanian kepada status lain kecuali pembinaan rumah atau sekolah sahaja.


Katanya, kerajaan negeri tidak akan meluluskan sewenang-wenangnya ubah syarat tanah bagi memastikan keluasan tanah pertanian dikekalkan.


Beliau juga berkata, kerajaan mengingatkan rakyat supaya mengubah syarat tanah terlebih dahulu sebelum membuat rumah di atas tanah pertanian.


"Ini kerana sekiranya tanah mereka yang terletak di tepi jalan terlibat dengan projek pembangunan pampasan dibayar kepada nilaian tanah sahaja.


"Kerajaan tidak akan membayar pampasan rumah kerana mengikut geran asal tanah berkenaan hanya tanah pertanian," ujarnya ketika ditemui di sini.


Timbalan Menteri Besar juga berkata, kerajaan negeri akan menghidupkan semula peranan Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim yang pernah diwujudkan sebelum ini.


Katanya, kerajaan akan membuat kajian yang terperinci supaya peranan jawatankuasa itu lebih berkesan dan menepati matlamat penubuhannya.


Mengenai prestasi penghulu, kata beliau kerajaan negeri akan menganjurkan kursus untuk meningkatkan pengetahuan mereka.


Sementara itu anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, bidang ICT dapat membantu golongan pendakwah menyampaikan mesej Islam kepada golongan muda.


"Setakat ini laman web dan perisian agama begitu kurang jika nak dibandingkan dengan laman-laman lucah serta tidak bermoral," ujarnya.


Beliau juga berkata, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM750,000 untuk menjayakan program pembangunan ICT Desa tahun lalu. - mj _

Read more...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan

Salam ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat..

Semoga ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.
Kami daripada Peratuan Anak Kelantan mengharapkan kita dapat
sama2 meningkatkan amalan dan keimanan kita sempena bulan yang mulia ini.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Penganjur Konsert Ingkar Saranan PM..

Sekali lagi pihak penganjur konsert pesta konvo UPSI menerima tempelak apabila penganjuran konsert Jaclyn Victor semalam terang-terangan melanggar saranan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Razak apabila tetap berdegil ingin meneruskan konsert konvo.


Perdana Menteti menasihatkan kepada rakyat dalam satu berita yang boleh dipetik didalam Malaysiakini agar mengelakkan diri daripada berhimpun beramai-ramai.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wabak influenza A (H1N1) kini ancaman serius kepada negara dan menasihati orang ramai supaya tidak menghadiri majlis perhimpunan di tempat awam.


Beliau meminta semua rakyat mengambil langkah pencegahan secara menyeluruh ekoran angka kematian H1N1 semakin meningkat dan banyak sekolah dan institusi pendidikan tinggi ditutup kerana terdapat kes jangkitan.


"Kalau (majlis) perhimpunan itu tidak perlu, tidak perlulah melainkan ada sesuatu mendesak.


"Tapi bila ada perhimpunan, kita akan tambah risiko kita kerana penyakit ini akan merebak," katanya selepas merasmikan Konvensyen Industri Sukan Malaysia di ibu Negara.


Kami dipihak kepimpinan pelajar turut merasa kesal dengan penganjuran tersebut. Sebelum ini penentangan terhadap konsert ini atas dasar hukum Islam malah turut juga melibatkan saranan PM yang tidak diendahkan oleh pihak penganjur. Penularan wabak ini untuk kali yang ke-2 di UPSI wajar dipersalahkan kepada pihak penganjur konsert kerana tidak mengendahkan saranan Perdana Menteri.


Buat apa mempunyai Perdana Menteri jikalau saranannya yang BAIK tidak mahu diikuti.


Kami menyeru kepada warga UPSI supaya mengelakkan diri daripada berada di tempat orang ramai agar wabak H1N1 tidak merebak lagi.


Salam perjuangan. Salam 1 Malaysia..


"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

"KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP